Seorang perompak cuba untuk merompak sebuah bank di Lublin, Poland. Tetapi yang kelakarnya, dia menggunakan sudu untuk menakutkan orang. Staf bank menolak untuk mengeluarkan wang setelah mengetahui bahawa lelaki itu hanya bersenjatakan sebilah sudu.
Lelaki yang cuba merompak itu akhirnya diketawakan oleh mangsa-mangsanya dan pergi dari situ dengan tangan kosong. Walaubagaimana pun, pihak polis tidak memandang ringan kes ini dan akan cuba menyiasat.
Jurucakap polis, Renata Laszczka-Rusek berkata, "Ianya adalah satu yang pelik tetapi dia telah melanggar undang-undang dan kami akan mencarinya."
Via - ziua.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)