Berita Terkini

Apakah itu Social Bookmarking?

Assalaamu'alaikum w.b.t..... dan selamat sejahtera. Social Bookmarking (penandaan sosial) adalah satu cara bagi pengguna-pengguna Internet menyimpan, mengklasifikasikan, berkongsi dan mencari bookmark dalam internet. Terdapat banyak laman web yang menyediakan servis Social Bookmarking sekarang ini dan senarainya akan saya berikan di bawah nanti. Tetapi mula-mula kita tumpukan dulu kepada selok-belok penggunaan Social Bookmarking ini.

Bagi yang biasa membaca buku, tentu sudah tahu konsep membuat bookmark pada bacaan kita kan? Apabila kita baca sampai ke bab tertentu kemudian kita berhenti, dan kita letak penanda buku (bookmark) dalam buku tersebut. Kenapa kita letak bookmark? Ianya untuk memudahkan kita mencari semula tempat yang kita berhenti baca itu di masa akan datang.
.
Begitulah konsepnya dengan pembacaan di intenet ini. Perlu ada satu sistem yang mana dapat memudahkan kita menyambung kembali pembacaan kita pada satu-satu laman web. Kerana terdapat terlalu banyak laman web sekarang dan adalah mustahil kita dapat ingat kesemua URL bagi laman-laman web tersebut. Maka oleh sebab inilah munculnya satu cara yang dipanggil Social Bookmarking bagi memudahkan pembaca internet mencari kembali laman web yang dibacanya atau mengumpulnya di satu tempat agar dapat diketemui semula di masa hadapan.
.
Penggunaan Social Bookmark ini bukan sahaja kepada blog tetapi kepada laman-laman web kategori lain. Biasanya kita akan menemui butang-butang Social Bookmark ini di kebanyakan laman web dan ianya adalah untuk kemudahan para pembaca untuk menggunakannya.


Yang menjadi menariknya Social Bookmarking ini lagi, apa yang kita bookmark itu boleh juga dilihat dan dibaca oleh orang lain yang menjadi ahli kepada laman bookmark yang kita buat itu. Dan ini boleh menjadi satu perkongsian minat antara satu dengan lain. Kita sendiri pun boleh membaca bookmark yang dibuat oleh orang lain dengan melakukan pencarian menerusi topik, kategori, tag dan sebagainya. Biasanya hanya ahli yang berdaftar boleh membuat bookmark, dan proses pendaftaran adalah percuma dan mudah sahaja.

Ahli akan disuruh menaip kata-kunci (keyword) atau tag ketika mahu melakukan Bookmark. Dengan keyword itu lah nanti pengguna-pengguna lain akan dapat mencari bookmark yang dilakukan. Dengan persaingan dari laman-laman Social Bookmark sekarang maka wujudlah lagi bermacam-macam servis. Antaranya pengguna boleh membuat rating, memberi komen, kebolehan untuk import dan eksport, tambah nota dan buat review, melanggan feed, membuat group dan social network dan sebagainya.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut dan faham betul-betul berkenaan Social Bookmarking ini, anda mesti menyertai sendiri laman web Social Bookmarking itu dan membiasakan diri dengannya. Tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal nanti baru tau ;) Berikut ini saya sediakan senarai laman Social Bookmarking yang popular sekarang setakat yang saya dapat;

- del.icio.us
- Technorati
- Simpy
- Furl
- Digg
- Reddit
- Magnolia
- Netvouz
- StumbleUpon
- Ask
- Yahoo Bookmarks
- Google Bookmarks
- Live Bookmarks
- Facebook
- Slashdot
- Backflip
- Spurl
- Mister Wong
- Diigo
- Segnalo
- RawSugar
- DropJack
- Newsvine
- Blogmarks
- Netscape
- Fark
- Shadows
- Wink
- LinkAgogo
- Feed Me Links
- Blue Dot
- TailRank
- BlinkList
- etc .......

Jangan sesekali pandang remeh kepada laman-laman web Social Bookmarking ini kerana dengan kaedah ini lah dapat membantu menambahkan pelawat ke blog anda dari semasa ke semasa dengan percuma. Makin ramai pengguna lain membuat bookmark kepada laman web atau blog anda maka makin berpotensi lah anda untuk mendapat pelawat. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.