Assalaamu'alaikum w.b.t..... dan selamat sejahtera. Apakah itu SEO (Search Engine Optimization) yang dalam Bahasa Melayunya Pengoptimuman Enjin Pencarian? Dan kenapa ianya amat penting diketahui dan di praktikkan? Setiap pembikin blog dan laman web perlu mengetahui tentang SEO agar laman web mereka dikunjungi pelawat. Untuk itu mari kita ikuti apakah itu SEO, hhhmmmm.
.
Pengoptimuman laman web merupakan satu proses yang membuat halaman-halaman suatu laman web tertentu senang dimasuki dan boleh dibaca oleh perayap-perayap (crawlers) enjin pencarian. Rahsia Pengoptimuman Enjin Pencarian untuk mana-mana laman web sangat mudah, gunakan sahaja halaman-halaman teks biasa HTML yang statik. Kemudian enjin pencarian tidak akan mendapat sebarang masalah untuk merayap halaman-halaman laman web anda dan ini akan menjamin kedudukan laman anda dalam indeksnya.
Penganalisa-penganalisa laman web telah membuat kajian bahawa kebanyakan pengguna internet yang melayari laman web menunggu hanya antara 3 hingga 5 saat untuk sesuatu laman itu loading. Dan adalah perlu diingat bahawa kebanyakan mereka mempunyai kelajuan internet yang rendah. Oleh itu adalah amat penting untuk mereka bentuk laman web atau blog kita agar mempunyai kelajuan loading yang cepat.
Tip-tip mengoptimakan laman web
- Gunakan keyword (kunci kata) utama pada bahagian tajuk tag dan di bahagian teratas blog.
- Gunakan halaman-halaman HTML statik tanpa frames.
- Cuba untuk letakkan keyword pada permulaan posting atau artikel.
- Gunakan keyword dengan kerap dalam sesuatu halaman tanpa mencacatkan kandungan ayat.
- Elakkan penggunaan Flash yang banyak dan kandungan yang dinamik.
- Letakkan posisi keyword sedekat yang boleh.
Carilah web hosting yang boleh diharap
Bagi yang menggunakan domain berbayar, carilah web hosting yang boleh diharap dan tidak mempunyai banyak masalah atau server yang lemah. Carilah hosting yang sentiasa stabil dan bukannya hosting yang asyik offline. Kerana jika kebetulan Enjin Pencari merayap pada waktu blog anda offline, maka ia tidak akan diindeks kan. Bermakna apa yang anda posting pada waktu itu kemungkinan besar tidak akan masuk ke dalam indek enjin pencari.
Untuk menguji sesuatu web hosting , anda boleh pergi ke laman Speed Meter Network of TraceRt.com untuk menyemak tentang kehadiran sesuatu laman itu.
Perayap enjin pencari
Enjin pencari menggunakan perayap (crawler) atau robot yang mana kerjanya adalah mengumpul maklumat dari satu laman ke laman yang lain. Apabila perayap merayap ke suatu laman web, ia akan membaca kandungan dan mengikut hyperlink dari halaman ke halaman. Sebab itu adalah peluang yang bagus untuk enjin pencari-enjin pencari utama untuk mencari laman web anda jika banyak laman web lain link (menghubungkan) pada laman web anda. Googlebot, ZyBorg, Slurp, Scooter, Zealbot, Ia_archiver, dan FAST-WebCrawler adalah antara perayap yang biasa datang ke blog atau laman web kita.
Rekabentuk laman web yang optimum
Halaman-halaman teks biasa statik adalah yang mesra kepada enjin pencari. Perayap tidak dapat mengutip maklumat dari pengkalan data (database), borang dan seumpamanya. Blok halaman dinamik dan frame biasanya mengelirukan perayap.
Bagi yang meletakkan imej atau gambar pada blog masing-masing, ketahuilah bahawa enjin pencari tidak dapat mengindekskan imej tersebut, sehinggalah digunakan teks ALT untuk menerangkan tentang imej tersebut.
Juga jika sesuatu laman itu terlalu kompleks, berkemungkinan akan habis masa sebelum perayap itu mengindekskan keseluruhan teks. Jika laman itu tidak dapat dirayap, maka ia tidak akan disenaraikan ke indeks enjin pencari.
Indeks
Segala maklumat yang dikumpulkan oleh perayap itu akan disimpan pada senarai indeks, iaitu pengkalan data enjin pencari tersebut. Setelah ia diindekskan , perayap itu akan berkunjung lagi ke laman web tersebut seperti biasa. Jika perayap itu mendapati ada perubahan atau pertukaran pada laman tersebut, maka ia akan mengemas kinikan indeks dengan maklumat terbaru.
Pangkat laman web (web site ranking)
Jika anda adalah tauke syarikat Microsoft, Apple, Google, Sony dan sebagainya, anda tidak perlu risau tentang page rank anda di internet, kerana sudah tentu mereka adalah syarikat-syarikat yang sudah sedia popular dan dicari-cari ramai. Tetapi jika laman web anda tidak sepopular mereka, maka anda perlu tekankan tentang Page Rank ini.
Apabila menerima sebarang pertanyaan pencarian pada kotak pencari, enjin pencari akan mencari menerusi indeksnya dan menemui semua laman yang mengandungi keyword seperti yang dicari.
Kedudukan rank laman web yang baik dalam senarai enjin pencarian terutamanya bergantung pada bagaimana kerap kuncikata (keyword) tertentu dijumpai di laman web yang tertentu, dan di mana keyword itu muncul di halaman itu.
Baca juga tentang Apa itu Page Rank?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)