Berita Terkini

Apakah itu Page rank?

Apakah sebenarnya Page Rank? Ini lah suatu makhluk yang paling teratas pentingnya bagi para kaki blog untuk diketahui dan dicapai. Page Rank inilah yang boleh membuatkan blog kita sentiasa dibanjiri pelawat dari seluruh pelusuk dunia secara percuma tanpa perlu mencari-cari dah.

Menurut Wikipedia, Page Rank adalah Algoritma Penganalisaan Capaian (Link Analysis Algorithm) yang menugaskan kepentingan menurut angka kepada setiap elemen set-set Hyperlink sesuatu dokumen, seperti World Wide Web, dengan tujuan mengukur kepentingan hubungan dalam sesuatu set. Algoritma mungkin diguna bagi mana-mana koleksi entiti dengan kutipan dan rujukan timbal balik (reciprocal). Kepentingan yang menurut angka yang ia tugaskan pada mana-mana elemen E juga dipanggil sebagai PageRank E dan ditunjukkan oleh PR (E).

Ntah anda faham atau tidak ya apa yang diterangkan melalui Wikipedia tu, saya pun tak berapa faham mana keterangan tu hehe. Tetapi secara ringkasnya, Page Rank adalah hasil dari undian antara semua laman web. Undian itu seperti laman A menghubungkan (hyperlink) ke laman B disebut sebagai satu undian.

Page Rank sesuatu laman web itu bergantung pada angka dan metrik Page Rank dari semua laman yang menghubung (link) pada laman web tersebut yang dipanggil juga Incoming Links. Sesuatu laman web yang dihubungkan dari banyak laman web yang mempunyai Page Rank tinggi akan menerima Rank yang tinggi dengan sendiri. Dan jika tiada hubungan (link) ke laman web tersebut bermakna tiada sokongan pada laman web tersebut.

Google meletakkan susunan Page Rank ini dari 0 - 10 . PR10 itu dikatakan paling popular dan yang 0 tu pula yang paling tak popular langsung. Kalau anda mahu tahu contoh laman web yang PR dia 10, antara lainnya adalah Google.com , Yahoo.com dan beberapa lagi laman web lain yang paling popular di dunia. Laman web kita jangan harap lah nak dapat PR10 tu, kita hanya boleh bermimpi mungkin sampai PR7  sahaja biasanya.

Haa ni ada gambar kartun yang menerangkan tentang Page Rank. Siapa yang buat gambar ini ntah.

Dari gambarajah di atas ini, kita dapat lihat si bulat yang paling besar itu diibaratkan sebagai laman web yang punyai Page Rank yang paling tinggi. Kenapa tak tingginya, banyak sibulat lain menghubungkan kepadanya (meletak link ke laman sibulat itu). Tetapi dapat kita lihat sibulat yang berwarna merah bahagian atas tu jadi besar juga walaupun hanya satu link sahaja dihubungkan padanya. Kenapa dia jadi besar juga walaupun ada satu link sahaja? Kerana walaupun satu link, tetapi dia dihubungkan oleh laman yang punya Page Rank yang amat tinggi (sibulat besar).

Dan kita perhatikan bulat-bulat paling kecil itu jadi paling kecil kerana tiada satu link pun yang menghubungkan pada mereka. Harap anda faham dari penerangan ringkas mengenai Page Rank di atas dan jika ada keraguan sila ajukan soalan cepu emas anda.

Dan di sini ada saya sertakan kaedah-kaedah bagaimana pengiraan Page Rank dilakukan oleh pakcik Google terhadap sesuatu laman web. Dan ini adalah pengiraan yang dikaji oleh pakar-pakar tentang Page Rank sebelum ini.

Bagaimana untuk mendapat PR4?

Untuk menabalkan laman web anda kepada Page Rank 4, apa yang perlu adalah

- 3,055 link dari PR1
- 555 link dari PR2
- 101 link dari PR3
- 18.5 link dari PR4
- 3.5 link dari PR5
- 1 link dari PR6

Bagaimana untuk mendapat PR5?

- 16,803 link dari PR1
- 3,055 link dari PR2
- 555 link dari PR3
- 101 link dari PR4
- 18.5 link dari PR5
- 3.5 link dari PR6

Bagaimana untuk mendapat PR6?

- 92,414 link dari PR1
- 16,803 link dari PR2
- 3,055 link dari PR3
- 555 link dari PR4
- 101 link dari PR5
- 18.5 link dari PR6
- 3.5 link dari PR7

Bagaimana untuk mendapat PR7?

- 508,277 link dari PR1
- 92,414 link dari PR2
- 16,803 link dari PR3
- 3,055 link dari PR4
- 555 link dari PR5
- 101 link dari PR6
- 18.5 link dari PR7
- 3.5 link dari PR8

Semua di atas ini adalah contoh dan begitulah pengiraannya lebih kurang untuk Page Rank yang seterusnya. Mencabar jugak kan? Untuk itu, jika anda mahu PR anda naik ke menara gading, maka banyak-banyak lah cari cara macam-mana nak buatkan laman web lain link ke laman web anda. Lagi banyak link ke laman web anda maka lagi banyak la potensi laman web anda untuk naik PR. Selamat menaikkan PR dan selamat belaka. Wassalam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (63) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.