Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Ukuran tubuh Penghuni Neraka dan Penghuni Syurga

Penghuni Neraka
Saiz tubuh Penghuni Neraka

Salah satu diantara bentuk siksaan yang diberikan kepada penghuni neraka, Allah jadikan badannya sangat besar. Tidak ada yang boleh membayangkan besarnya, kecuali Penciptanya.

Berikut beberapa hadis yang menunjukkan hal itu;

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

ما بين منكبي الكافر في النار مسيرة ثلاثة أيام للراكب المسرع

"Jarak antara dua hujung bahu orang kafir di dalam neraka sejauh perjalanan 3 hari yang ditempuh penunggang kuda yang larinya cepat." (HR. Bukhari 6551 Muslim 2852)

An-Nawawi mengatakan,  ini semua bertujuan agar lebih maksimum dalam menyiksanya. Dan ini semua di bawah kekuasaan Allah Ta’ala, yang wajib kita imani, mengingat adanya berita dari ash-Shodiq (Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam) tentang hal ini. (Syarh Shahih Muslim, 17:186)

Dari Zaid bin Arqam radhiyallahu ‘anhu,

إن الرجل من أهل النار ليعظم للنار، حتى يكون الضرس من أضراسه كأحد

"Sesungguhnya penduduk neraka akan membesar ketika masuk neraka, sampai gigi gerahamnya sebesar Bukit Uhud." (HR. Ahmad 32:13, Syuaib al-Arnauth mengatakan, ‘Sanadnya maushul’ dan statusnya seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ضِرْسُ الْكَافِرِ، أَوْ نَابُ الْكَافِرِ، مِثْلُ أُحُدٍ وَغِلَظُ جِلْدِهِ مَسِيرَةُ ثَلَاثٍ

"Gigi geraham atau gigi taring orang kafir (penghuni neraka) seperti gunung Uhud, sementara tebal kulitnya sejauh perjalanan 3 hari." (HR. Muslim 2851).

Juga dari Abu hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ضرس الكافر يوم القيامة مثل أحد، وعرض جلده سبعون ذراعاً، وعضده مثل البيضاء، وفخذه مثل ورقان، ومقعده من النار ما بيني وبين الربذة

"Geraham orang kafir pada hari kiamat seperti Bukit Uhud, lebar telinganya 70 hasta, lengannya seperti gunung Baidha’, pehanya seperti gunung Waraqan, dan tempat duduknya di neraka antara saya dengan rabadzah." (HR. Hakim, Ahmad dan dishahihkan al-Albani).

Namun ukuran di atas tidak berlaku untuk semua penghuni neraka. Kerana ada juga orang yang Allah masukkan ke neraka dalam wujud makhluk yang sangat kecil.

Al-Munawi menukil keterangan al-Qurthubi,

وهذا إنما يكون في حق البعض بدليل حديث إن المتكبرين يحشرون يوم القيامة أمثال الذر في صورة الرجال فيساقون إلى سجن في جهنم يقال له بولس

"Ini hanya berlaku untuk sebahagian ahli neraka saja, dengan dalil hadits yang menyatakan bahawa orang-orang sombong pada hari kiamat akan dikumpulkan dalam bentuk manusia seukuran biji. Mereka digiring untuk masuk ke penjara di dasar neraka, namanya Bulis."

Al-Qurthubi juga mengatakan,

ولا شك أن الكفار متفاوتون في العقاب كما علم من الكتاب والسنة

"Kita yakin, hukuman untuk orang kafir itu bertingkat-tingkat, sebagaimana yang kita fahami dari kesimpulan Al-Quran dan As-Sunnah."

(Faidhul Qadir Syarh Jami’ ash-Shaghir, karya al-Munawi, 4:254)

Wallahu a'lam .......

[Oleh Ustadz Ammi Nur Baits - Konsultasi Syariah]


Sila baca juga Betapa besarnya alam ciptaan Allah S.w.t


Saiz tubuh Penghuni Syurga

Adapun saiz tubuh Penghuni Syurga pula mengikut hadits-hadits;

Rasulullah s.a.w  bersabda;  "Rombongan pertama yang masuk syurga bagaikan bulan purnama, kemudian di belakang mereka seperti bintang yang paling terang di langit, mereka tidak pernah kencing dan tidak pula buang air besar dan tidak meludah, tidak membuang hingus, sikat mereka dari emas, bau peluh mereka bagaikan kasturi dan ukup-ukupan mereka kayu gaharu yang sangat wangi, isteri-isteri mereka bidadari yang bulat matanya, ukuran badan mereka rata-rata sama, iaitu sebesar ayah mereka Nabi Adam a.s tingginya enam puluh hasta menjulang ke langit."  [HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra]

"Semua yang masuk syurga seperti bentuknya Nabi Adam." [HR Al-Bukhari no 3326]

Penghuni syurga juga dijadikan oleh Allah S.w.t bersaiz besar, tetapi lebih kecil dari Penghuni Neraka yang paling besar. Maka Penghuni Syurga akan dapat merasakan nikmat yang tidak terhingga pada setiap inci badannya, subhanAllah.

Syurga dan Neraka adalah termasuk dalam perihal Hari Akhirat, dan kita WAJIB beriman kepadanya. Dan sangat penting juga mendapat ilmu yang mendalam tentang Syurga dan Neraka berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadits untuk menambah KEIMANAN dan KETAQWAAN kita.

"Sesungguhnya hanyalah yang takut kepada Allah di antara para hambaNya adalah ulama (orang-orang yang berilmu)." [Surah Fathir : 28]

Ya Allah Ya Ghafur, jauhkanlah kami semua dari seksaan nerakaMu, amiin .......


Syurga dan Neraka 1 - Ustad Firanda Andirja, MA

Syurga dan Neraka 2 - Ustad Firanda Andirja, MA

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)