Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Pengedar dadah di Mexico dihukum potong kepala dengan mesin gergaji

Ada video baru dimuat-naik ke internet, menunjukkan pelaksanaan hukuman terhadap dua orang ahli Cartel de Sinaloa. Dua lelaki yang kelihatan suram, dipotong kepala ketika masih hidup dengan cara yang paling brutal dibayangkan dengan mesin gergaji.

Salah seorang dari lelaki itu dikenal pasti sebagai Felix gamez Garcia, yang mengaku mengedar dadah ke Amerika Syarikat dan seorang lagi dikenal pasti sebagai Barnabas gamez Castro, yang merupakan bapa saudara lelaki yang pertama.

Kedua-dua lelaki itu duduk menyandar pada dinding, mereka tidak memakai baju, dan seolah-olah berserah kepada nasib mereka. Mereka menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka oleh lelaki yang berpakaian seragam tentera, tapi mereka tahu bahawa tidak kira apa yang mereka katakan, mereka sudah tidak dapat melepaskan diri lagi.

Anda boleh mendengar suara mereka, dipukul, letih dan dibiarkan tanpa harapan. Tidak berharap untuk hidup kaya sebagaimana ketika mereka menyertai kartel, tetapi kini hanya berharap untuk terus hidup.

Gamez Castro berkata bahawa kartel dadah tidak membayar banyak, sebenarnya dia menyebut bahawa kerja-kerja terakhir dia lakukan untuk mereka, hanya dibayar 300 peso ($21 USD), hampir tidak berbaloi untuk dikenakan hukuman potong kepala dengan mesin gergaji.

Dan maaf lah, saya tidak letak videonya di sini, kerana terlalu brutal. Tidak sesuai ditonton oleh golongan-golongan muda dan lemah semangat.

Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya. Terlalu brutal, terlalu sedih, terlalu marah, terlalu gembira, terlalu ikut nafsu dan sebagainya terlalu, adalah amat tidak sesuai untuk manusia.

[Salem News - 25 Sept 2011 , Unikversiti]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)