Berita Terkini

Betapa BESARnya alam ciptaan Allah S.w.t

Bintang VY Canis Majoris ialah salah satu bintang terbesar yang ditemui di ruang angkasalepas. Saiznya lebih kurang 1,800 - 2,100 kali ganda saiz matahari kita. Walaupun bagi kita, ia sudah pun tersangat besar, namun ianya masih sangat halus jika dibandingkan dengan keseluruhan alam ciptaan Allah S.w.t ini.

Jarak antara langit pertama dan langit kedua adalah 500 tahun perjalanan. Bagaimana ukurannya dan dalam kecepatan apa? Wallahu'alam. Maka, perlukan 500 tahun untuk sampai dari langit pertama ke langit kedua, dari langit kedua ke langit ketiga, dan begitulah seterusnya. 

Dari Ibnu Masud radhiallahu anhu dia berkata,  "Antara langit dunia dengan langit berikutnya berjarak lima ratus tahun dan jarak antara masing-masing langit berjarak lima ratus tahun. Antara langit ketujuh dengan Kursy berjarak lima ratus tahun. Sedangkan jarak antara Kursy dengan air berjarak lima ratus tahun. Arasy berada di atas air, sedangkan Allah berada di atas Arasy. Tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya amal-amal kalian." [HR. Ibnu Khuzaimah dalam At-Tauhid, hal. 105, Baihaqi dalam 'Al-Asma wa Ash-Shifat, hal. 401. Riwayat ini dishahihkan oleh Ibnu Qayim dalam 'Ijtima Juyusy Islamiyah', hal. 100 dan Az-Zahaby dalam 'Al-Uluw', hal. 64]

Betapa besarnya ketujuh-tujuh langit ini sudah tidak dapat dibayangkan. Akan tetapi, kesemua langit ini jika dibandingkan dengan besarnya Kursi Allah S.w.t, ibarat sebentuk cincin di tengah padang pasir sahaja.

"Tidaklah langit yang tujuh dibanding Kursi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di tanah lapang." [HR Ibnu Hibban no.361, dishahihkan oleh Ibnu Hajar dan al-Albani]

"Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar." [Surah Al-Baqarah : 255]

Manakala Kursi pula jika dibandingkan dengan Arsy, ibarat Kursi itu pula ialah sebentuk cincin di tengah-tengah padang pasir, masyaAllah.

"Tidaklah langit-langit yang tujuh dibandingkan Kursi, kecuali seperti sebuah cincin yang dibuang di tanah yang tandus (padang pasir). Sedangkan kelebihan Arsy dibandingkan Kursi, seperti kelebihan tanah tandus itu dibandingkan cincin tersebut."  [HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Kitab Al-Arsy (no. 58) dan Abusy Syaikh dalam Al-Azhomah (no. 70), Al-Baihaqi dalam al-Asmaa was Sifaat (2/300-301), Ibnu Baththoh dalam Al-Ibanah (no. 136) dan lainnya. Hadits ini dinilai shohih oleh Syaikh Al-Albaniy dalam As-Silsilah (1/224/109)]

"Dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung". [Surah At-Taubah : 119]

Maksudnya adalah bahawa Dia adalah pemilik segala sesuatu yang Penciptanya. Kerana Dia pemilik Arasy yang agung yang menaungi seluruh makhluk. Seluruh makhluk di langit dan di bumi serta apa yang terdapat di dalamnya dan di antara keduanya berada di bawah Arasy dan berada di bawah kekuasaan Allah Ta'ala. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, dan kekuasaan-Nya terlaksana terhadap segala sesuatu, Dia adalah pelindung atas segala sesuatu."  [Tafsir Ibnu Katsir, 2/405]

Abu Daud meriwayatkan dari Nabi S.a.w bahawa beliau bersabda;

أُذِنَ لِي أَنْ أُحَدِّثَ عَنْ مَلَكٍ مِنْ مَلاَئِكَةِ اللَّهِ مِنْ حَمَلَةِ الْعَرْشِ إِنَّ مَا بَيْنَ شَحْمَةِ أُذُنِهِ إِلَى عَاتِقِهِ مَسِيرَةُ سَبْعِ مِائَةِ عَامٍ

"Telah diizinkan bagiku untuk menceritakan tentang seorang malaikat di antara malaikat-malaikat pemikul Arasy. Sesungguhnya apa yang ada di antara dua cuping telinganya sampai ke bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun (dalam riwayat lain, 700 tahun burung terbang dengan laju)." [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (no. 4727). Hadits ini dinilai shohih oleh Syaikh Al-Albaniy dalam Takhrij Misykah Al-Mashobih (no. 5728)]  [Syarah Aqidah Thahawiyyah]

Jarak antara kedua cuping telinga hingga ke bahu malaikat pemikul Arasy (Hamalat al-'Arsy) sahaja pun sudah sejauh 700 tahun perjalanan, bagaimana pula dari atas kepala sampai ke kaki?  Allahu Akbar!

Begitu HALUS dan KERDILNYA kita di sisi Allah S.w.t, tetapi masih kita merasakan diri ini besar dan menyombongkan diri, na'uzubillah .......  Tidak ada apa-apa pun kita pada peta alam semesta ini, lebih halus dari debu.  Sebab itu DUNIA ini TIADA NILAInya di sisi Allah, tapi hanya AKHIRAT yang kekal abadi, subhanAllah.

"Allah telah menulis takdir-taqdir para makhluk 50 ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi." Beliau S.a.w bersabda, "Sedang Arsy-Nya di atas air."  [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2653) dari Abdullah bin Amer bin Al-Ash r.anhuma]

Arsy adalah makhluk yang paling tinggi dan paling besar, sehingga tidak ada yang mampu mengukurnya kecuali Allah sendiri. Arsy terdiri dari 4 tiang yang dijunjung oleh 4 malaikat. Dan pada Hari Kiamat nanti ia akan dijunjung oleh 8 malaikat.

"Dan pada hari itu (Hari Kiamat) lapan malaikat menjunjung (memikul) ‘Arsy Tuhan-mu di atas (kepala) mereka." [Surah Al-Haaqqoh : 17]

"(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, Maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala."  [Surah Al-Mukmin : 7]


Kesimpulan

Semakin kita mendalami Ilmu Tauhid maka akan terasa SEMAKIN KERDIL diri kita dan Maha Besarnya Allah Azza wa Jalla. Akal manusia TIDAK AKAN MAMPU untuk mengungkap kesemua rahsia Allah.  Hanya Allah S.w.t Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Wallahu a'laa a'lam .......

"Berfikirlah kamu tentang makhluk (ciptaan) Allah dan JANGANlah kamu berfikir tentang Dzat Allah,  kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat Allah sebenarnya)." [HR Abu Nu’aim dari Ibnu Abbas]

 "Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang (Zat) Allah." (Sahih Al-Jami’ al-Saghir (2976),. Hadits Hasan)


1 ulasan:

  1. maaf kerana saya melihat ada kesalahan rujukan. surah almukmin ayat 7 itu salah. yang benar surah ghafir.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.