Assalamu'alaikum w.b.t..... dan selamat sejahtera. Feedburner adalah sebuah website yang menyediakan servis penyuapan berita (feed news) yang mana telah dilancarkan pada tahun 2004. Ia menyediakan RSS feed yang boleh diubah suai dan juga alat-alat yang boleh digunakan oleh Blogger, Podcaster dan pembina-pembina laman web lain yang berkaitan. Jika anda perhatikan kepada banyak laman web dan blog, anda akan jumpa butang RSS feed ini yang mana didapati dalam berbagai bentuk dan saiz terpulang kepada orang yang meletaknya tu.
Apakah fungsi RSS feed ini? RSS (Really Simple Syndication) ini adalah salah satu jenis web feed yang memboleh kan kita membaca artikel-artikel dari laman web atau blog secara terkini. Kita boleh melanggannya dengan memasukkan pautan (link) feed ke dalam pembaca feed atau juga boleh mengklik butang RSS feed itu pada laman web yang menyediakannya (anda boleh melihat contoh pada sebelah kanan laman ini, logo yang berwarna merah itulah dia salah satu butang RSS feed) dan memilih pembaca suapan (feed reader) atau aggregator mana yang kita hendak guna. Feed reader atau aggregator itu adalah software untuk membaca RSS feed ini.
.
Antara jenis-jenis Aggregator / pembaca feed yang boleh digunakan:
Aggregator berdasarkan web - Ianya adalah servis yang disediakan oleh server yang menguruskannya secara online tanpa kita perlu install apa-apa. Antara contoh Aggregator berdasarkan web ini adalah Google Reader, ExciteMix, Blogline dan sebagainya.
Aggregator perisian klien (client software) - Ini adalah perisian untuk membaca feed yang perlu diinstall pada PC kita. Kita boleh membaca RSS feed tanpa perlu membuka pelayar web dan adakalanya boleh dilihat pada desktop secara terus pada sidebar windows (jika kita install sidebar pada windows). Antara jenis2 perisian ini ;

- Akregator (KDE/Linux)
- AmphetaDesk (cross-platform)
- BlogBridge (cross-platform)
- Feedview, a Firefox extension (cross-platform)
- FeedDemon (Windows)
- Hubdog (Windows Mobile)
- Liferea (Linux)
- Mozilla Thunderbird (cross-platform)
- Microsoft Outlook 2007 (Windows)
- Internet Explorer 7 (Windows)
- NetNewsWire (Mac OS)
- NewsAccess (Mac OS)
- NewsBreak (Windows Mobile)
- NewsFire (Mac OS)
- Opera (cross-platform)
- RSSOwl (cross-platform)
- Sage, a Firefox extension (cross-platform)
- SharpReader (Windows)
- Shrook (Mac OS)
- Thinfeeder (cross-platform)
- Vienna (Mac OS)
- Windows Live Mail (Windows)
Aggregator media - Adakalanya dipanggil "Podcatcher" kerana diambil dari satu nama yang amat popular iaitu Podcast. Ini biasanya merujuk kepada web feed yang mengandungi audio dan video. Aggregator media ini sendiri pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu berdasarkan web, perisian klien dan mobile phone.
Berdasarkan web - Seperti Bloglines.
Perisian klien -
Berdasarkan web - Seperti Bloglines.
Perisian klien -
- Amarok (KDE/Linux)
- Canola (embedded Linux)
- iTunes (Mac, Windows)
- Juice (software) (Mac, Windows, Linux)
- MediaMonkey (Windows)
- Rhythmbox (GNOME/Linux)
Antara kelebihan guna RSS feed ini, kita boleh melanggan posting dari sesebuah laman web untuk mendapatkan artikel terkini tanpa perlu memberikan email kita, dan kita boleh bila-bila masa membatalkannya dengan memilih unsubscribe (batal langganan). Ini kerana kebanyakan kaedah lain, untuk melanggan artikel-artikel mereka kita perlu sertakan email dan sebagainya. Dan ianya dapat memberikan bebanan kepada email kita untuk menerima lebih banyak email.
.
Isy7, saya pada mulanya nak cerita pasal Feedburner sahaja, tapi dah melalut pada RSS feed dan sedara maranya lah pula. Tapi tak apa, semua tu ada kaitan dengan Feedburner, dan anggap lah itu sebagai asas pengetahuan kita tentang perkara ini.
Walau apa pun, apa yang penting nak saya beritahu di sini, bagi seorang blogger, buka lah satu akaun dengan Feedburner , percuma sahaja dan letakkan butang langgan Feedburner pada blog anda. Ini adalah untuk memudahkan pembaca-pembaca anda mengetahui perkembangan terkini posting pada blog anda dengan membaca RSS feed dari pembaca feed mana yang mereka suka. Sekurang-kurangnya ia dapat menjalinkan hubungan antara anda dengan pembaca anda dengan baik dan memberikan kemudahan pada pembaca.
Dan di sini juga saya mahu berkongsi satu kelebihan yang kita boleh perolehi dari feedburner. Sebenarnya terlalu banyak kelebihan menggunakan Feedburner, cuma kali ini saya akan menceritakan tentang satu kelebihan ini. Setelah anda mempunyai akaun Feedburner, apa yang sebaiknya anda lakukan ialah submit semua blog anda pada feedburner dan anda boleh monitor perkembangan blog anda di dalamnya. Feedburner ada servis terbaru yang amat berharga pada blogger (pembina blog) iaitu auto ping pada servis-servis yang kita mahu. Untuk memilih setting ini;
- Pergi ke Tab Publicize.
- Turn on servis Pingshot , anda boleh memilih servis yang telah disenaraikan seperti Technorati, My Yahoo, Bloglines dan anda juga boleh menambah servis-servis lain untuk anda ping.
Kenapa perlu kita lakukan setting ini? Ini adalah kerana apabila anda setting Pingshot ini aktif, maka secara automatik lain kali setelah anda post pada blog anda, servis ini akan secara automatik akan lakukan proses Ping kepada servis-servis yang berkaitan. maka anda tidak perlu lagi melakukan proses ping ini secara manual. Boleh jimat masa kan?
Ok cukup setakat ini dulu pasal Feedburner dan asas-asas RSS feed. InsyaAllah lain kali sambung lagi. Wassalam :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)