Berita Terkini

Lelaki rambut panjang, wanita rambut panjang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rambut diibaratkan sebagai mahkota seorang manusia. Cuma mahkota ini tidak selalunya boleh dipamerkan bila-bila masa dan di mana saja (khasnya untuk kaum wanita).

Saya tergerak hati untuk menulis ini kerana sampai sekarang pun masih ada lagi orang yang pandang hina dan pandang buruk pada orang lelaki yang berambut panjang. Lagi parah apabila mereka mengatakan lelaki yang mengikat rambut itu sebenarnya MENYERUPAI WANITA.

Sejak bila Islam mengatakan mengikat rambut itu adalah hak wanita? Adakah Islam pernah menggariskan bahawa IKAT RAMBUT itu khas untuk wanita sahaja? Sudah tentu tidak pernah, ia hanyalah ADAT suatu kaum sahaja. Dalam Islam, RAMBUT wanita adalah termasuk AURAT dan WAJIB ditutup. Maka saya rasa TIDAK MENJADI ISU jika lelaki mahu IKAT RAMBUT. Cuma LELAKI IKAT RAMBUT dalam SOLAT baru menjadi ISU kerana ada hadits-hadits yang MELARANGnya.

Antara hadits yang melarang lelaki mengikat rambut di dalam solat;

"Daku (Rasulullah) diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota dan daku tidak menggulung pakaian serta rambut (di dalam solat)." [Hadith Riwayat Muslim]

"Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam dilarang menahan rambut atau pakaiannya (ketika sujud)." [Hadits Riwayat Muslim no. 1095]

Maka yang dilarang itu adalah mengikat / menahan rambut dari turut sujud dan juga pakaian (seperti melipat lengan baju dan seumpamanya). Sila rujuk HUKUM : Lelaki Berambut Panjang  untuk bacaan lanjut.

"Misalan orang yang demikian (ikat rambut) hanyalah seperti orang yang shalat dalam keadaan terikat kedua tangannya."

Demikian yang ditunjukkan oleh hadits Abdullah ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Suatu ketika dia melihat Abdullah ibnul Harits shalat dalam keadaan rambut kepalanya terikat ke belakang. Ibnu Abbas bangkit melepaskan ikatan tersebut. Ketika Abdullah ibnul Harits selesai shalat dia mengadap Ibnu Abbas seraya bertanya, "Ada apa anda dengan rambutku?" Ibnu Abbas r.a pun menyampaikan hadits di atas yang pernah didengarnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam. [Hadits Riwayat Muslim no. 1101]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam juga menyatakan,

"Ikatan rambut seperti itu (ketika shalat) adalah tempat duduk syaitan." [Hadits Riwayat Abu Dawud no. 464 dan at-Tirmidzi no. 384, dinyatakan shahih dalam Shahih Abi Dawud dan Shahih at-Tirmidzi]

Dan hikmah larangan itu pula adalah kerana untuk mengelakkan dari nampak sombong, kerana biasanya sikap menahan rambut atau pakaian tidak menyentuh tanah itu lebih mirip kepada kesombongan. Tidak ada kaitan langsung dengan MENYERUPAI WANITA.

Dan jika ada orang yang kata, larangan itu termasuk lah di luar solat juga. Maka adakah menyingsing lengan baju (melipat lengan baju) itu juga HARAM di luar solat?  Kerana ianya dilarang di dalam solat. Sudah tentu tidak. Maka tiada dalil atau hujjah lagi bagi yang mengatakan lelaki haram mengikat rambut.


Nabi dan sahabat berambut panjang

Mungkin ada lagi orang yang tidak tahu bahawa Nabi Muhammad S.a.w rambutnya biasa disimpan panjang. Begitu juga para sahabat. Banyak hadits yang menyebutnya, antaranya;

".. Rambut baginda S.a.w separas bahu, tubuh di antara kedua bahunya lebar, dan bentuk tubuh baginda s.a.w sederhana (tidak pendek dan tidak tinggi)."  [Hadith Riwayat At-Tirmidzi]

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَضْرِبُ شَعْرُهُ مَنْكِبَيْهِ

"Adalah Nabi S.a.w itu, rambutnya mencecah dua bahunya."  [Hadits Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Dan ada juga riwayat yang menyebutkan rambut Nabi S.a.w mencapai paras bawah cuping telinga dan paras tengkuk. Ini kerana sahabat menceritakan keadaan Rasulullah S.a.w di masa yang lain. Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah, rambut Rasulullah S.a.w biasanya antara bawah cuping telinga hingga ke paras bahu.

Antara hikmah rambut mencapai paras bahu ialah ia berguna ketika berperang atau menghadapi musuh. Kerana rambut boleh mengurangkan kesan tetakan pedang (atau senjata tajam) pada bahagian tengkuk.

Dan jika kita lihat pahlawan-pahlawan zaman dulu kala pun diceritakan berambut panjang. Tetapi sejarah rambut pendek ini bermula dengan kedatangan penjajah. Rambut pendek dikatakan moden dan kemas. Rambut panjang dinisbahkan kepada penjenayah, penagih dadah, kutu rock dan seumpamanya (kerana dulu golongan itu terkenal dengan rambut panjang). Tanpa disedari, kita semakin dijauhkan dari sunnah.

Tetapi kini, adakah orang yang berambut pendek itu tidak ada penagih dadah, penjenayah, kutu rock dan sebagainya?  Anda tahu jawapannya.

Patutlah penjajah datang dan ajar kita lelaki semua BERAMBUT PENDEK, sedangkan para nabi, Nabi Muhammad S.a.w, para sahabat, para ulama besar dulu boleh dikatakan semua RAMBUT PANJANG.  Rupa-rupanya ada di dalam Bible mengatakan lelaki berambut panjang itu adalah satu KEHINAAN .. dalam dalam satu surat Paulus yang bernama 1 Korintus.

1 Korintus - 11:14 Bukankah alam sendiri menyatakan kepadamu, bahwa adalah kehinaan bagi laki-laki, jika ia berambut panjang,

Padahal Yesus @ Nabi Isa a.s sendiri pun RAMBUT PANJANG, dan di akhir zaman nanti dia akan turun dalam keadaaan RAMBUT PANJANG juga. Dalam diam, Bible sendiri telah menghina Nabi Isa a.s.

Jahat sangat kah orang-orang berambut panjang? Sedangkan Bashar Assad, Benjamin Netanyahu, George Bush, Barrack Obama, Shimon Peres, mereka itu semuanya berambut PENDEK. Kenapa anda tidak kata orang berambut pendek itu yang sebenarnya JAHAT?

Kita sudah diajar dari kecil dengan suasana orang lelaki berambut pendek. Kerana itulah ada di kalangan kita yang sukar menerima bahawa orang lelaki itu sebenarnya lebih layak dan tampak kelelakiannya dengan berambut panjang, sepertimana pahlawan-pahlawan dan ulama dahulu kala.

Kalau dulu penjajah telah berjaya memburukkan lelaki yang berambut panjang, kini media-media antarabangsa menggambarkan bahawa lelaki yang berserban dan berjanggut lebat itu pula sebagai teroris / pengganas. Satu demi satu sunnah nabi dihina dan dibuang.

Suatu hari nanti Nabi Isa a.s akan turun kembali ke bumi, adakah dia akan turun dengan rambut yang pendek? Sudah tentu tidak kerana rambut Nabi Isa a.s nanti adalah panjang, sama ketika dia diangkat ke langit dulu. Maka adakah itu juga MENYERUPAI WANITA?

Begitu juga rupa Jibrail a.s ketika menyamar jadi manusia dan bertemu dengan Rasulullah S.a.w untuk bertanyakan apa itu Iman, Islam dan Ihsan. Jibrail datang dalam rupa seorang lelaki muda yang berambut hitam panjang sampai paras bahu. Maka adakah malaikat datang mengajar suatu hal yang buruk? 

Sebenarnya yang menjadi isu sekarang ialah rambut wanita itu ialah AURAT kepada bukan mahram. Maka jika semua wanita patuh pada HUKUM ALLAH, dengan menutup aurat di luar rumah, tidak akan wujud lah masalah 'keliru' melihat orang rambut panjang itu WANITA ATAU LELAKI.

Wallahu a'lam, senyum senyum :)

Sebagai tambahan, mari kita ikuti video penjelasan dari Maulana Asri Yusoff;

Hukum berambut panjang bagi lelaki dan berambut pendek bagi perempuan

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.