Berita Terkini

Tahun Cahaya

Tahun Cahaya (Bahasa Inggeris: light year) definisinya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,730,472,580.8 kilometer. Tahun cahaya juga didefinisikan sebagai jarak yang dilalui oleh photon dalam ruang terbuka, jauh daripada mana-mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (yang mempunyai 365.25 hari atau 31.557.600 detik - bukan tahun lompat). Cahaya menempuh kecepatan 299.792.458 meter per saat (m/s) dalam ruang hampa udara (vakum), maka dengan menggunakan tahun Julian, satu tahun cahaya sama dengan 9.460.730.472.580.800 meter (5.878.625.373.184 batu) atau 9.46 petameter.

Tahun cahaya digunakan untuk mengukur jarak yang tersangat jauh dalam ilmu falak seperti jarak bintang, galaksi dan saiz alam semesta. Dalam bidang astronomi, unit yang digemari ialah parsec yang didefinisikan sebagai jarak bagi suatu objek untuk menghasilkan satu arcsecond paralaks apabila memerhati satu bergerak sebanyak satu unit astronomi. Nilainya adalah lebih kurang 3.26 tahun cahaya. Unit parsec digemari kerana unit ini boleh didapati daripada pemerhatian.


Satu tahun cahaya bersamaan 63,241 unit astronomi (AU). Unit lain yang berkaitan dengan tahun cahaya ialah minit cahaya dan saat cahaya. Satu minit cahaya adalah bersamaan dengan 17,987,547,480 meter. Disebabkan cahaya bergerak pada sejauh 299,792,458 meter dalam satu saat, maka satu saat cahaya adalah 299,792,458 meter.


Catatan:

- Perlu sekitar 8,3 minit bagi cahaya agar dapat melintas dari Matahari ke Bumi (oleh kerananya, kita berada sekitar 8,3 minit cahaya dari Matahari).
- Bintang terdekat, Proxima Centauri letaknya sekitar 4,22 tahun cahaya.
- Galaksi kita, Bima Sakti, diameternya sekitar 100.000 tahun cahaya.
- Disebabkan oleh galaksi yang kita diami mempunyai diameter 100,000 tahun cahaya, satu kapal angkasa hipotesis yang bergerak pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya memerlukan lebih daripada 100,000 tahun untuk merentasinya. Walaubagaimanapun, ini cuma benar bagi pemerhati yang rehat berbanding kepada galaksi tersebut; krew kapal angkasa akan mengalami pengalaman merentasi galaksi tersebut selama beberapa minit sahaja. Ini disebabkan oleh pelambatan masa jam yang bergerak yang diterangkan oleh relativiti khas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.