Berita Terkini

Darah Tinggi : Hipertensi

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi (Hypertension / High blood pressure) merujuk kepada kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.


Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi atau Hipertensi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut

* serangan jantung
* angin ahmar
* kegagalan jantung
* kerosakan buah pinggang


Faktor risiko

1. Berat badan yang berlebihan/gemuk (obesiti)

2. Pengambilan lemak yang berlebihan/makanan berkolesterol tinggi

3. Pengambilan garam / makanan yang terlalu masin

4. Kurang aktiviti fizikal/kurang bersenam

5. Faktor keturunan.


Tanda dan gejala

Majoriti dari pesakit tidak mempunyai sebarang gejala, dan tanda-tanda hipertensi biasanya dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Tanda dan gejala yang boleh dialami adalah:

1. Sering sakit atau pening kepala

2. Sakit tengkuk

3. Pitam atau pengsan


Rawatan

Hipertensi boleh dikawal dengan memakan ubat darah tinggi ataupun perubatan alternatif dengan menggunakan herba-herba. Tetapi saya lebih menggalakkan anda mencuba rawatan alternatif dengan menggunakan pemakanan kesihatan termasuklah herba-herba kerana ianya adalah rawatan secara alamiah. Rawatan klinikal kebanyakannya menggunakan dadah yang berisiko penyakit lain pula untuk jangka masa panjang.

Selain dari memakan ubat, tekanan darah tinggi perlu dikawal dengan

* Mengamalkan pemakanan yang sihat, iaitu kurang lemak (lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang) dan garam.

* Sentiasa bersenam (Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap sakit jantung, sebelum bersenam).

* Memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.

* Tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda.

* Sentiasa tenangkan fikiran.

* Buangkan amalan minum arak/alkohol.

* Kekalkan berat badan unggul.


Sedikit berkenaan Saluran darah

Saluran darah berfungsi untuk membawa oksigen dan nutrien di dalam tubuh kita. Tahukah anda bahawa saluran darah kita adalah sebanyak 2.5 kali melingkari bumi. Saluran darah yang sihat akan melancarkan perjalanan dan pengaliran darah anda secara optimum. Apabila perjalanan darah anda lancar, jantung yang akan mengepam darah juga berjalan lancar tanpa menghadapi masalah.

Tubuh manusia mempunyai 60 trilion sel. Oleh itu, Sistem Kardio-Serebrovaskular kita berfungsi menghantar oksigen, nutrien, air tulen dan hormon serta mengangkut hasil sampingan metabolisme .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.