Berita Terkini

Perintah pertama agar Nabi Muhammad berdakwah

Nabi Muhammad S.a.w menerima beberapa perintah ketika WAHYU YANG KEDUA turun, sebagaimana yang termaktub dalam firman Allah S.w.t;

 يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ . قُمْ فَأَنْذِرْ . وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ . وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ .  وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ . وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ .  وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ

"Wahai orang yang berselimut!  Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!"  [Surah al-Muddaththir : 1 - 7]

Rangkaian perintah ini secara zahir kelihatan begitu singkat dan sederhana. Namun hakikatnya, ia mempunyai jangkauan dan tujuan yang jauh, pengaruh yang kuat serta tuntutan kerja yang berat. Hakikat perintah ini dapat difahami seperti berikut;

1 - Tujuan bangkit untuk memberi peringatan supaya nabi tidak membiarkan seorang pun di dunia ini yang menyelisihi jalan keredhaan Allah. Maka baginda mesti memberinya peringatan berkenaan ancaman buruk yang bakal menimpanya sehingga hati dan jiwa orang itu bergetar dan bergoncang oleh rasa takut.

2 - Tujuan membesarkan Allah supaya nabi tidak membiarkan kesombongan dipertontonkan oleh satu makhluk pun di muka bumi. Maka baginda perlu membuka mata manusia bahawa makhluk itu lemah dan tidak bernilai apa-apa sehingga tiada lagi tersisa kesombongan di muka bumi kecuali kesombongan Allah semata-mata.

3 - Tujuan membersihkan pakaian dan meninggalkan dosa supaya nabi mencapai puncak kesempurnaan dalam usaha baginda membersihkan diri secara zahir dan batin. Juga usaha baginda menyucikan hati dari pelbagai noda dan kelemahan. Ini adalah kerana dengan mencapai puncak tersebut, jiwa manusia dapat bernaung di bawah rahmat, penjagaan, perlindungan, petunjuk dan cahaya Allah.

Oleh itu, dirinya dapat menjadi teladan tertinggi bagi masyarakat manusia. Orang yang berhati mulia akan tertarik untuk mendekati dan mengambil manfaat daripadanya. Sementara itu, orang yang berhati kotor akan mengakui kemuliaan dan keluhurannya (walaupun pengakuan tersebut tidak disampaikan secara lisan dan walaupun mereka tetap juga berkeras untuk menentang) sehingga perhatian seluruh dunia tertuju kepadanya, sama ada yang mengikutinya mahupun yang menentangnya.

4 - Tujuan melenyapkan keinginan untuk meminta balasan lebih banyak ketika memberi supaya nabi tidak menganggap kerja dan kesungguhannya sebagai suatu prestasi besar. Sebaliknya baginda mesti tetap berjuang untuk beramal dan terus beramal tanpa kenal letih dan mengerahkan segenap kesungguhan dan pengorbanan menggunakan setiap kekuatan yang dimiliki oleh baginda lalu melupakan semua itu dan tidak lagi mengingatinya. Bahkan baginda perlu 'membunuh' rasa berjasa di hadapan Allah sehingga baginda tidak lagi berasa bahawa baginda telah berjuang dan berkorban.

5 - Pada ayat yang ketujuhh, terdapat syarat bahawa nabi akan diganggu oleh gangguan daripada orang yang keras kepala berupa penentangan, ejekan dan cemuhan, hingga mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membunuh baginda dan para sahabat serta melenyapkan populasi kaum beriman yang ada di sekeliling baginda. Maka Allah menyuruh nabi untuk bersabar dengan sekuat-kuatnya dan seteguh-teguhnya, bukan untuk memperolehi keuntungan bagi dirinya, melainkan semata-mata demi keredhaan Allah.

Allahu akbar! Betapa singkat perintah-perintah ini dilihat dari lafaz zahirnya. Betapa lembut pula iramanya yang mengalun nyaman dan memikat hati. Namun di sebaliknya, terdapat tuntutan kerja yang teramat berat serta kesan yang sangat dasyat sehingga mendatangkan badai taufan di seluruh bumi.

[Petikan dari ar-Rahiq al-Makhtum Sirah Nabi - Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.