Berita Terkini

CPU - Unit Pemprosesan Pusat

CPU (Central Processing Unit) atau dalam Bahasa Melayunya UPP (Unit Pemproses Pusat) ialah salah satu bahagian di dalam Komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Ia diibaratkan sebagai otak komputer. Dalam kebanyakan Unit Pemproses Pusat, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operands) dan hasil proses.

Istilah Unit Pemprosesan Pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip Mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam Litar Bersepadu(intergrated circuit). Pada mesin-mesin yang besar, CPU memerlukan satu atau lebih papan-papan litar bercetak. Di komputer peribadi dan tempat kerja kecil, CPU ditempatkan dalam satu cip bernama mikropemproses.


Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer desktop sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada Kotak atau Badan Komputer (computer case) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.

Rekabentuk CPU sering disebut sebagai Arkitektur CPU.

Contoh-contoh arkitektur CPU:

* Intel x86
* Zilog z80
* IBM System/360
* DEC PDP-11, yang kemudiannya diganti oleh VAX
* Motorola 6800
* SPARC keluaran Sun Microsystem
* MIPS keluaran MIPS Computer System
* PA-RISC keluaran HP
* Alpha keluaran DEC
* PowerPC keluaran AIM Alliance
* ARM(Advanced RISC Machine), dan StrongARM/XScale
* SuperH
* Siri UNIVAC 1100/2200 (pada masa ini disokong oleh Unisys ClearPath IX Computer)
* 1750A, komputer piawai Badan Ketenteraan Amerika Syarikat
* AP-101, komputer dalam Kapal Angkasa

Beberapa Arkitektur CPU yang baru muncul termasuk:

* Intel Itanium
* AMD x86-64

CPU yang penting dalam sejarah:

* EDSAC, arkitektur pertama yang boleh menyimpan aturcara komputer
* Apollo Guidance Computer, yang digunakan dalam penerbangan kapal angkasa ke bulan

Arkitektur CPU boleh juga dikelaskan mengikut rekabentuk CPU, seperti saiz daftar. Pada hari ini, kebanyakan komputer Desktop mempunyai pemproses 32-bit, dan pemproses 64-bit juga semakin digunakan. Peralatan yang kecil seperti Telefon bimbit(telefon mudahalih), PDA, dan Permainan Video mudahalih menggunakan pemproses 16-bit, atau 8-bit.


Catatan:

- Mikropemproses (biasa disingkatkan µP atau uP) atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk. Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.