Penggodam (hacker), ia berkaitan dengan komputer, mempunyai beberapa makna biasa. Penggodam kerap digunakan oleh media massa untuk merujuk kepada seseorang yang melibatkan diri dalam pencerobohan komputer dan adalah juga sering digunakan oleh orang dalam bidang komputer untuk merujuk kepada seseorang yang merupakan seorang penggemar komputer. Sekurang-kurangnya ada tiga penggodam utama sub-budaya, berwatakkan perbezaan besar sejarah perkembangannya, menggunakan terma dalam istilah mereka untuk pengenalpastian-sendiri.
Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Istilah ini biasanya membawa konotasi handal, tetapi boleh jadi bagus atau buruk bergantung kepada konteks budaya. Takrifan biasa termasuklah:
* Dalam pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan kod atau sumber. Bagi sesetengah orang, "penggodam" mempunyai konotasi negatif dan merupakan kepada orang yang menggodam atau menggunakan kluj untuk melaksanakan tugas pengaturcaraan yang dahsyat, tidak anggun dan tidak cekap.
* Dalam keselamatan komputer, penggodam merupakan orang yang mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian. Walaupun ia termasuk mereka yang berusahan menguatkan mekanisme-mekanisme tersebut, ia lebih kerap digunakan, terutamanya dalam media massa, untuk merujuk kepada mereka yang cuba masuk melepasi mekanisme-mekanisme tersebut.
* Dalam bidang teknik lain, penggodam diperpanjangkan untuk memaksudkan orang yang membuat benda-benda berfungsi di luar had nampak melalui kemahiran teknik mereka, seperti penggodam perkakasan atau penggodam realiti.
* Dalam budaya penggodam, penggodam ialah seorang yang telah mencapai status sosial tertentu dan dikenali di kalangan ahli budaya tersebut untuk komitmennya terhadap nilai budaya dan jumlah tertentu pengetahuan teknik.
Tentang Penggodam Beretika
Mendapatkan khidmat seorang penggodam beretika sama seperti mendapatkan perkhidmatan seorang pengawal keselamatan ataupun pengawal peribadi. Matlamatnya sama – melindungi diri dan mengawal selia kepentingan peribadi kita.
Sungguhpun tiada mana-mana tindakan yang boleh dianggap sempurna, kehadiran pengawal keselamatan/pengawal peribadi mampu menghalang atau mengelakkan keselamatan diri kita daripada terancam.
Apakah kegiatan Penggodam Beretika
Kebanyakan syarikat memang mempunyai dasar sekuriti komputer. Dasar ini bertujuan mengelakkan pencerobohan ke dalam rangkaian komputer. Soalan yang sering dikemukakan oleh penggodam beretika ialah: Bukankah cara terbaik untuk menilai keberkesanan dasar-dasar berkenaan adalah dengan mengadakan suatu ‘pencerobohan’ oleh orang dipercayai?
Penggodam beretika yang turut dikenali sebagai juruaudit menjalankan ‘pencerobohan’ (dipersetujui pelanggan) dengan menggunakan teknik digunakan oleh penggodam sebenar. Yang berbeza adalah keadaan sistem yang tidak diganggu ketika penilaian mahupun audit oleh penggodam beretika ini.
Sebagai penggodam beretika, mereka akan menilai sekuriti dan sistem sesebuah syarikat dengan tujuan mendapatkan maklumat berkenaan perkara berikut:
# Apakah yang dapat dilihat oleh penceroboh dalam sistem sasarannya?
# Apakah yang dapat dilakukan oleh penceroboh dengan maklumat berkenaan?
# Adakah sesiapa yang dapat mengesan penceroboh itu serta kejayaannya?
# Apakah yang cuba anda lindungi?
# Siapakah ‘musuh’ yang ingin anda elakkan?
# Apakah jumlah masa, usaha dan wang yang sanggup anda belanjakan untuk mendapatkan perlindungan yang memadai?
Selepas menjalankan penilaian ini, penggodam beretika akan menyediakan satu laporan audit untuk pelanggan. Antara kandungan laporan ini ialah penilaian jitu berkenaan risiko (kos yang bakal dialami) dan senarai cadangan yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkat sekuriti rangkaian berkenaan. Kos pelaksanaan cadangan itu juga dinilai.
Rujukan : Wikipedia , Mypendidik

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)