Berita Terkini

Memandang rendah Orang Miskin, memandang serong Orang Kaya

Si kaya dan si miskin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kali ini saya hanya mahu bercakap tentang 2 kategori manusia, iaitu orang kaya dan orang miskin. Tidak perlu saya terangkan maknanya dari segi bahasa dan istilah, kerana sudah tentu anda tahu apa itu orang kaya dan apa itu orang miskin.

Terlebih dahulu sebagaimana kita maklum, wujudnya orang kaya dan orang miskin adalah disebabkan kerana perbezaan tahap kewangan dan kepunyaan harta benda. Ini yang biasanya dinisbahkan kepada pembahagian kategori antara kaya dengan miskin di dunia ini.

Nasihat kepada si kaya

Ada orang kaya yang memandang rendah orang-orang miskin, dengan pelbagai alasan antaranya;

- Baginya orang-orang miskin adalah golongan mereka yang malas berusaha.

- Orang-orang miskin malas belajar pada waktu remajanya dan kesannya menanggung kemiskinan harta benda pada usia tua.

- Orang-orang miskin hanya suka menjadi golongan peminta dan mahu sesuatu hanya dengan cara mudah sahaja.

Maka dengan sangkaan-sangkaan buruk golongan kaya terhadap golongan miskin itu maka jadilah golongan kaya itu tidak mempunyai keazaman untuk membantu orang-orang miskin, membiarkan sahaja nasib orang-orang miskin, dan hingga ada yang ke tahap memandang hina orang-orang miskin. Maka jadilah si kaya itu manusia yang kedekut dan terlalu berkira dengan harta benda yang ada padanya.

Dia merasakan dia layak mendapat harta yang banyak kerana waktu muda dulu dia rajin belajar dan berusaha. Maka harta-harta yang ada padanya itu adalah ganjaran hasil kesusahan waktu mudanya. Sehinggakan dia lupa, tanpa izin dan rezeki dari Allah, dia tidak dapat mencapai kedudukan yang ada padanya sekarang.  Dia lupa bahawa harta itu adalah AMANAH, bukannya hak milik mutlaknya.

Dia juga lupa bahawa sahabat-sahabat Nabi termasuk Nabi Muhammad S.a.w sendiri adalah golongan yang miskin dari segi harta benda dan tidak sesekali mengumpulkan harta untuk kepentingan diri sendiri. Asalnya mereka juga kebanyakannya kaya, tetapi mereka menghabiskan harta mereka demi membantu Islam dan ummah. Nabi Muhammad S.a.w suka bersama orang miskin.

Mereka lupa bahawa dengan sebab ada golongan miskin lah dunia ini masih mendapat berkat dan rahmat Allah S.w.t.  Kenapa?  Kerana antaranya;

- Orang-orang miskin yang biasanya sedar diri dan merasa begitu hina di sisi Allah S.w.t.

- Orang-orang miskin yang banyak bergantung harap serta berdoa kepada Allah S.w.t.

- Orang-orang miskin yang banyak berzikir kepada Allah S.w.t. Hasilnya, bumi bertambah berkat dan rahmah, serta melimpah ruah dengan hasil bumi dan tanah menjadi subur.

- Orang-orang miskin lah yang banyak menggunakan kudratnya untuk mengayakan golongan-golongan yang kaya.

Kerana itu lah sahabat-sahabat nabi yang miskin dijanjikan masuk ke syurga lebih awal dari sahabat-sahabat yang kaya. Itu petandanya orang-orang miskin ada banyak kelebihannya di akhirat nanti. Tetapi mesti memenuhi syarat mengikut Islam lah, iaitu antaranya mesti betul-betul bertaqwa, qana'ah, redha dengan segala pemberian Allah, beribadah dengan baik dan seumpamanya.



Nasihat kepada si miskin

Tetapi malangnya, kelebihan-kelebihan yang sepatutnya ada pada orang-orang miskin ada juga yang tidak bersyukur. Malah dianggapkan miskin itu adalah satu kesusahan yang tidak patut ditanggung olehnya.  Malah sehingga ada yang sanggup menyalahkan takdir kerana dia menjadi miskin, na’uzubillah.

Tidak kurang juga si miskin yang memandang serong terhadap golongan-golongan kaya dengan alasan-alasan seperti;

- Orang-orang kaya semuanya dianggap sombong dan tamak haloba.

- Orang-orang kaya telah hidup senang di dunia, sehinggakan ada yang berharap orang-orang kaya itu mendapat hidup susah pula di akhirat sana.

- Orang-orang kaya tidak berlaku baik terhadapnya kerana langsung tidak membantunya dari segi ekonomi.

Maka alasan-alasan yang diciptakan itu sebenarnya merugikan orang-orang miskin itu sendiri. Ketahuilah miskin harta di dunia adalah merupakan antara kelebihan-kelebihan dan ianya hanya lah ujian untuk menguji kesabaran kita dari Tuhan. Maka berbahagialah kepada mereka yang bersabar dengan kemiskinan harta. Biar miskin harta asalkan kaya dengan iman yang hak, hati dan akhlaq yang mulia dan amal-amal soleh yang diberkati.



Nasihat kepada si kaya dan si miskin

Masing-masing golongan kaya dan miskin boleh bantu-membantu antara satu sama lain. Dengan kerjasama akan mewujudkan keseimbangan, ibarat suami dan isteri dalam sesebuah rumahtangga. Anggaplah si kaya tu sebagai suami dan si miskin itu sebagai isteri, tak ke manis tu?  :D

Pertama-tamanya mesti dibuang pandangan-pandangan negatif dan serong, yang mana pandangan-pandangan itu sebenarnya adalah "sangkaan-sangkaan buruk" semata. Inilah kelebihan Islam mengajar kita agar sentiasa berSANGKA BAIK. Ajaran ini bukan sembarangan dan ada hikmahnya. Apabila sangka baik sudah bertitik-tolak, maka akan memudahkan berlaku kebaikan-kebaikan lain pula. Tetapi apabila sangka buruk telah disemai awal-awal dan tidak diubah, maka akan sukarlah jalan untuk bekerjasama di masa hadapan.

Si kaya mestilah meyakini bahawa harta-harta yang dimilikinya itu hanyalah PINJAMAN dari Allah S.w.t dan dia memikul amanah untuk menjaga dan mengagih-agihkannya. Harta tersebut bukanlah miliknya secara mutlak.  Manakala si miskin pula mestilah sentiasa redha dengan apa sahaja yang dia perolehi dan berusaha lagi untuk lebih berjaya.

Tetapi ingat, miskin tidak bererti seseorang itu malas berusaha atau seumpamanya, kerana begitu ramai orang-orang miskin yang telah berusaha gigih malah lebih keras dari orang-orang kaya tetapi tetap dia dalam keadaan miskin. Ini kerana itu sahaja rezeki yang ditetapkan oleh Allah S.w.t diatas usaha beliau dan semuanya juga adalah UJIAN dari Allah S.w.t.  

Dan tak kurang juga orang-orang kaya yang menjadi kaya bukan kerana kegigihannya pun, malah hanya mengutip hasil dari keringat orang-orang miskin yang bekerja untuknya. Tambah lagi jika kekayaan yang dimilikinya adalah harta peninggalan orang tuanya.

Kesimpulan

Bekerjasama lah wahai si kaya dan si miskin. Sama-sama kita berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaya dan miskin, kerana semakin besar jurang hanya mengundang pelbagai keburukan dan kerosakan sahaja. Tidak guna mengumpul harta banyak-banyak jika anda berada dalam keadaan berisiko tinggi dan merbahaya dengan ramainya perompak, pencuri, peragut, pengedar dadah, penagih dadah, lanun, pemeras ugut, penjudi dan seumpamanya. Ibarat membina menara di tebing bukit.

Sifat mahu menunjuk-nunjuk kerana ada barang-barang mewah dan berharga juga perlu dikikis, kerana sifat itulah yang akhirnya menjadikan manusia semakin membesarkan jurang perbezaan tahap ekonomi kerana masing-masing sibuk mencari kemewahan dan harta benda untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

Kata-kata "hendaklah bermula dari rumah" adalah tidak relevan lagi.  Tetapi kerjasama mesti bermula dari rumah dan juga dari pihak atasan. Pihak berkuasa patut mengambil langkah yang lebih drastik lagi demi mengelakkan keadaan terus menjadi buruk dan buruk dan buruk lagi. Media-media utama boleh digunakan untuk menyeru rakyat ke arah ini, maka kenapa tidak digunakan dengan sebaiknya?

Semoga kita sama-sama dapat mencegah dari berlaku kerosakan dan ditimpa bala akibat perbuatan tangan-tangan kita sendiri. Dan kepada semua mangsa bencana alam sekarang seperti banjir dan tanah runtuh, semoga anda bersabar dan dibantu oleh Allah S.w.t. Itu semua adalah cobaan.

Kepada yang masih tidak ditimpa bencana itu, jangan merasa kita bebas dari mendapat ujian tersebut, kerana BUMI yang kita diami sekarang ini sudah begitu uzur dan bila-bila masa sahaja boleh berlaku kejadian yang tidak diingini di tempat kita pula. Semoga kita sentiasa dilindungi olehNya, amiin.

Selamat Hari Raya Haji.  Peace and justice 4 all , wallahu a’lam :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.