Berita Terkini

Perkara-perkara menarik sebagai perasmian bagi tahun 2010

Ada banyak perkara menarik yang insyaAllah akan berlaku di tahun 2010 ini di Malaysia dan beberapa darinya akan disenaraikan di bawah terutamanya yang akan berlaku pada awal tahun tersebut.

Peluang saksi fenomena gerhana bulan



Pada 1 januari ini, rakyat Malaysia mungkin akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.



Terengganu lancar projek 'Ops-Al Falah' sepanjang 2010


PAS Terengganu akan menjadikan tahun 2010 sebagai tapak untuk menarik sokongan besar-besaran kepada parti Islam itu melalui apa yang dinamakan sebagai projek 'Ops-Al Falah'.

Melalui projek yang akan bermula Januari hingga Disember tahun depan itu, PAS akan turun ke segenap ceruk rantau negeri itu untuk memberikan penerangan tentang perjuangan PAS.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman (gambar) berkata, ia berupa projek bersepadu yang akan bergerak dari peringkat cawangan lagi yang akan dikendalikan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD).

"Kita akan jadikan sepanjang tahun depan seumpama pilihan raya kecil berjalan sepanjang masa. Hanya kawasan tumpuan akan berbeza bagi setiap masa," katanya kepada Harakahdaily.



Malaysia antara 10 negara utama untuk dilawati pada 2010

Malaysia kembali mengukir nama pada peta pelancongan dunia apabila disenaraikan sebagai 10 negara utama untuk dilawati dalam buku panduan The Best In Travel 2010 oleh jenama antarabangsa, Lonely Planet.

"Kepelbagaian adalah ciri unik mengenai Malaysia. Daripada Kuala Lumpur yang sesak dan moden kepada hidupan liar di Borneo, ada banyak gunung untuk ditawan, pantai untuk bersantai, terumbu karang untuk selam skuba dan pelbagai kompleks beli belah.

Panduan sama turut menyenaraikan beberapa acara pelancongan dan festival seperti Thaipusam, Pesta Gawai di Sabah dan Sarawak, Festival Bot Naga di Pulau Pinang dan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia di Sarawak.



2010 Tahun Kreativiti dan Inovasi

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahun 2010 akan menjadi Tahun Kreativiti dan Inovasi untuk negara dengan beberapa program sejajar tema itu yang disokong konsep serta semangat 1Malaysia telah diatur.

Kata Perdana Menteri, penekanan kepada aspek inovasi amat penting kerana ia bukan sahaja mewujudkan pekerjaan tetapi juga menggalakkan daya saing negara.

Menurutnya, sejak tahun 2000 lagi, dunia telah melihat kemunculan produk yang amat inovatif seperti iPhone, Blackberry, Twitter, Facebook dan YouTube serta kebangkitan Google yang telah menukar cara penggunaan media dan berkomunikasi.



Kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' akan dilancarkan oleh PAS

PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.

Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan di semua peringkat telah pun diminta bersedia untuk menggerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.





-------
p/s: Ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Kepada mereka-mereka yang tidak berapa cemerlang, ini lah masanya untuk muhasabah balik dan berusaha dengan lebih kuat lagi untuk peperiksaan SPM nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (65) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.