Berita Terkini

Youtube, Google, Facebook, seks dan porno carian terbanyak kanak-kanak pada 2009

Youtube, Google, Facebook, seks dan porno, berada di atas daripada item paling popular yang dicari oleh kanak-kanak secara online pada tahun 2009, seperti dikesan oleh Symantec OnlineFamily.Norton.

Symantec pada hari Selasa mendedahkan 100 item carian teratas kegemaran di antara kanak-kanak berusia 18 dan ke bawah dijumpai oleh perkhidmatan OnlineFamily.Norton percuma, yang membantu ibubapa memantau pencarian online anak-anak mereka. Walaupun ada pencarian yang tidak merisaukan seperti Sesame Street dan "New Moon" - sebuah filem popular di Twilight series - namun item seks yang muncul pada senarai keempat untuk anak laki-laki dan kelima untuk anak perempuan, mengikuti YouTube, Google, dan Facebook sebagai tiga yang teratas.

Untuk kanak-kanak lelaki, 25 istilah carian teratas difokuskan pada laman rangkaian sosial, laman belanja, dan istilah dewasa tertentu. Kanak-kanak perempuan kelihatannya menyukai subjek yang berkaitan muzik, acara TV dan filem, serta selebriti.

Bercakap tentang selebriti, dengan tidak mengejutkan lagi, nama Michael Jackson adalah selebriti yang paling dicari, datang pada urutan ke 12, diikuti oleh penyanyi pop Taylor Swift di No 13. Bintang panas lain yang masuk ke senarai termasuk Miley Cyrus, Britney Spears, Beyonce, Black Eyed Peas, The Jonas Brothers, Eminem, Rihanna, dan Chris Brown (yang sedang dalam berita tahun ini setelah mengakui bahawa beliau telah menyerang bekas teman wanitanya Rihanna) .

Mencari selebriti online bagaimanapun, mungkin berbahaya bagi PC anda. Symantec telah menemui bahawa carian-carian tersebut kadang-kadang menarik orang ke laman Web berbahaya, yang mengeluarkan virus, spam, dan malware lainnya.



Kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan ke bawah mencari item yang berkaitan dengan video game, sementara kanak-kanak yang lebih tua lebih kepada muzik, dengan 34 peratus remaja dan 27 peratus semi-remaja mencari topik yang berkaitan dengan muzik. Lagu Miley Cyrus "Party in the USA" adalah yang paling banyak dicari di antara kanak-kanak, sementara "Boom Boom Pow" oleh Black Eye Peas memuat Nombor 2.

Item teknologi yang muncul dalam senarai termasuklah MySpace di No 8, MSN di No 33, iPod Touch di No 98, dan Bing terkini di No 100.

Untuk mengkompilasi 100 senarai teratas ini, Symantec telah menjejaki 14.6 juta carian yang dijalankan oleh pengguna perkhidmatan OnlineFamily.Norton dan memberi ranking item-item itu sesuai dengan yang disubmit  oleh mereka yang paling kerap berbanding dengan yang disubmit sedikit. Item dikumpul secara anonim, sehingga tak seorang pun boleh dihubung-kaitkan dengan kanak-kanak atau keluarga tertentu.


Sumber - CNet News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (63) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.