Berita Terkini

Hobi yang mendekatkan diri pada Allah

mengail dan menjala ikan
Apakah itu hobi? Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang, yang biasanya untuk mencari ketenangan dan keseronokan. Ada hobi yang tidak mendapat pulangan, dan ada juga hobi yang menghasilkan pendapatan sampingan.

Ada hobi yang dilakukan tanpa memerlukan sebarang belanja, manakala ada juga hobi yang memerlukan belanja, dan kadang-kadang sampai ribuan ringgit. Yang penting, pelakunya puas hati dan mendapat ketenangan dan keseronokan yang dicari.

Tetapi adakah semua orang terfikir sama ada hobinya itu semakin mendekatkan diri kepada Allah S.w.t atau semakin jauh dariNya?

Ini kerana hanya kerana hobi manusia boleh terus lalai dan terlibat dalam kancah-kancah dosa termasuklah dosa-dosa besar.

Hanya kerana hobi manusia boleh meninggalkan solat dengan sengaja, berkelahi sesama saudara, mengganggu ketenteraman awam, menipu, merampas, mengugut, mendedahkan aurat dan sebagainya lagi. Di sini kita boleh lihat, bahawa hobi bukan perkara main-main juga ya.

Jika manusia mengamalkan muroqabah (mendekatkan diri kepada Allah S.w.t dan yakin bahawa Allah sentiasa melihatnya), maka insyaAllah dia akan memilih hobi yang bersesuaian dengan statusnya sebagai hamba Allah, dan tidak leka semata-mata dengan dunia yang fana ini.

Begitulah seterusnya dengan amalan-amalan lain dalam ilmu akhlak, seperti zuhud, ikhlas hati, tidak lalai hati, mujahadah, sabar dan sebagainya. Dengan item-item ini insyaAllah dapat mengawal dan membenteng kita dari terus terlajak dan terleka, hingga akhirnya boleh menyebabkan kita terjerumus dalam sifat tamak, busuk hati, adu-domba, hasad dengki, dendam, riya', takabbur dan sebagainya.

Maka sekali lagi kita dapat lihat, hobi bukan satu perkara main-main atau enteng. Dan apa pun sebenarnya tidak boleh dipandang ringan di dunia ini, kerana kita berada dalam sebuah tempat ujian, untuk melihat manusia mana yang akan berbuat baik dan manusia mana yang akan berbuat jahat.

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk : Ayat 2)

Oleh itu, bukan ketika kita bekerja secara rasmi, beribadah, bersama orang ramai saja kita diuji, akan tetapi kita sentiasa diuji walaupun ketika melakukan hobi kita.

Justeru, bagaimanakah perasaan kita ketika bergiat dengan hobi kita? Adakah kita merasa semakin lalai dan ta'asub dengan hobi tersebut sehingga langsung tidak mengingati Tuhan dan lupa untuk memujiNya ketika itu? Kemudian terus melanggar syariat?

Ataukah hobi kita itu semakin membuatkan kita dapat memuji-muji Allah, sama ada dibibir atau di dalam hati? Dan dapat mengajak teman atau rakan sehobi kita berzikir pada Allah juga?

Anda sendiri dapat menjawabnya insyaAllah ....... ;)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.