Berita Terkini

Malaysia antara 10 negara utama untuk dilawati pada 2010

Malaysia kembali mengukir nama pada peta pelancongan dunia apabila disenaraikan sebagai 10 negara utama untuk dilawati dalam buku panduan The Best In Travel 2010 oleh jenama antarabangsa, Lonely Planet.

Turut tersenarai, sembilan negara lain - El Salvador, Jerman, Greece, Maghribi, Nepal, New Zealand, Portugal, Surinam dan Amerika Syarikat.

Edisi tahunan kelima buku itu menampilkan kompilasi destinasi percutian, kota pelancongan dan pulau peranginan yang perlu dilawati untuk tahun depan.

Senarai itu disaring panel global Lonely Planet meliputi penulis, pengarang, pengembara yang terbabit secara langsung dalam industri pelancongan.

Menurut kenyataan Lonely Planet, Malaysia terpilih berikutan ciri unik mengenai kepelbagaian.

"Kepelbagaian adalah ciri unik mengenai Malaysia. Daripada Kuala Lumpur yang sesak dan moden kepada hidupan liar di Borneo, ada banyak gunung untuk ditawan, pantai untuk bersantai, terumbu karang untuk selam skuba dan pelbagai kompleks beli belah.

"Jika geografi menakjubkan ini masih tidak mencukupi, tunggu sehingga bertemu dengan penduduknya. Melayu akan ke masjid apabila mendengar azan, sementara bunga tahi ayam dijual berhampiran kuil Hindi dan bau colok dari tokong Cina.

"Sempurnakan hari anda dengan kari India, mi Cina, nasi Melayu dengan sambal pedas dan hidangan gabungan pelbagai budaya, laksa dengan kuah kari," katanya.

Panduan sama turut menyenaraikan beberapa acara pelancongan dan festival seperti Thaipusam, Pesta Gawai di Sabah dan Sarawak, Festival Bot Naga di Pulau Pinang dan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia di Sarawak.


Sumber - Harian Metro, 24 Disember 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.