Berita Terkini

Yang Mampu bantulah yang Tidak Mampu, Yang Kaya bantulah Yang Miskin

3D house in a forest
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Masih wujudkah lagi orang-orang yang memuji dan memuja jutawan dan billionaire? Kalau masih wujud, tanya diri mereka, kenapa suka puji jutawan? Adakah jutawan-jutawan itu memberi duit kepada mereka? Atau sekadar syok dapat tumpang nama mereka, kononnya ada anak bangsa kita yang dapat jadi jutawan, begitu? :-)

Sekadar mendapat nama jutawan, tidak merealisasikan untuk dapat MEMBANTU UMMAH.  Macam-macam jenis manusia pun dalam dunia ini yang dah jadi jutawan, hinggakan ketua penjenayah pun boleh jadi jutawan, pengamal rasuah dan korupsi pun jadi jutawan, penipu besar pun jadi jutawan, dan macam-macam lagi. Sekadar masuk dalam rekod itu dan ini, tidak dapat menguatkan Ummah juga. Yang dapat membantu dan menguatkan Ummah, biarlah orang tidak tahu kita jutawan, tetapi sumbangan dan bantuan kita pada Ummah tidak terkira banyaknya.

Ketahuilah, semakin ramai manusia menjadi jutawan, bermakna semakin banyaklah wang dan harta yang terperap dan terlonggok begitu saja tanpa manfaat. 

Ya, bagus untuk kita mengumpul harta dan menjadi orang kaya. Takkan semua umat Islam ini nak miskin belaka? Nanti tiadalah orang yang dapat tampil untuk memberi sumbangan, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.  Tak gitu?

Cuma yang menjadi MASALAH umat kita ini ialah, SEMAKIN KAYA mulalah menjadi semakin bangga diri dan semakin PENDAM DUIT dalam bank atau peti besi, sampai juta-juta dan billion-billion. Adakah semua duit itu untuk beli BEKAL dalam KUBUR NANTI? Dapat beli tiket untuk MASUK SYURGA?

Tidak pernahkah kita ambil iktibar dari kisah Qarun, Firaun, kaum 'Aad, Tsamud dan sebagainya umat-umat terdahulu yang telah ditelingkupkan tempat dan harta mereka ke dasar bumi, dan diturunkan bala yang sekaligus menyebabkan mereka meninggalkan segala yang mereka kumpulkan selama ini di dunia?

Sepatutnya, seperti yang telah dicontohkan oleh beberapa orang sahabat nabi S.a.w yang kaya, SEMAKIN KAYA kita maka semakin banyak lah SUMBANGAN kita kepada ummah. Semakin membantu menguatkan UMMAH, bukannya semakin pentingkan diri sendiri dan bermegah-megah dengan harta.

Baca lah kisah-kisah berkaitan tentang Nabi Muhammad S.a.w sendiri, Abu Bakr as-Siddiq r.aUmar al-Khattab r.aAbu Hurairah r.aSaid bin Amir al Jumahi, Abdur Rahman bin Auf, dan sebagainya lagi. Anda akan nampak dengan jelas bagaimana contoh terbaik dalam membelanjakan harta kita.

Di sekitar kita ramai yang miskin, sesak, susah, sakit, lemah dan sebagainya. Kita sanggup lagi SIMPAN duit juta-juta, billion-billion dalam poket kita?? Kita sanggup hidup mewah senang-lenang tanpa memikirkan saudara-saudara kita yang di sekeliling? Duit tak beredar dan berlegar sekitar ummah, macam mana ummah mahu kuat??

Kalau kita dah tahu kita ini KUAT dan MAMPU KUMPUL BANYAK DUIT, maka bantu lah orang-orang yang LEMAH dan TAK MAMPU KUMPUL BANYAK. Itu namanya bertanggungjawab terhadap harta yang di AMANAH kan oleh Allah S.w.t.  Di dalam harta kita itu sebenarnya ada harta orang lain. Contoh mudah, seorang boss besar, dimana hasil bulanan yang dia dapat, dek pembantingan tulang dan keringat orang-orang bawahan juga. Hasil bumi melimpah ruah, kerana adanya orang-orang miskin dan susah yang berzikir kepada Allah. Dengan zikrullah itu turunnya rahmah dan berkah.

Dan banyak lagi kerja yang goyang kaki, hasil masuk banyak. Itu semua adalah UJIAN dari Allah S.w.t, mahu lihat kita semakin tamak atau semakin pemurah.

"Tidak (sempurna) iman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." [HR Bukhari]

"Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya." [HR Bukhari]

Yang kuat BANTU yang LEMAH, bukannya MENGHINA yang LEMAH dengan mengatakan mereka MALAS BERUSAHA, bodoh dan sebagainya. Berikan mereka modal, berikan cara, ajar mereka, bantu mereka cari peluang dan seumpamanya, bukan ABAIKAN mereka.

Kita perlu FAHAM, tidak semua orang mempunyai KEMAMPUAN yang sama. Tidak semua orang mempunyai PELUANG yang sama. Tidak semua orang diberikan KELEBIHAN PEMIKIRAN yang sama. Dan sebagainya. Maka, kalau kita seorang yang TIDAK SUPER EGO, kita gunakan kelebihan yang ada pada kita untuk kemaslahatan ummah, bukannya untuk menunjuk kehebatan kita. Kerana kehebatan itu boleh DITARIK bila-bila masa oleh Allah S.w.t. Semua itu hanyalah pinjaman dan ujian kepada kita.

Kalau kita berterusan dengan sombong dan super ego kita, berlagak dengan kekayaan, kemahiran, keperasanan pandai kita, di kemudian hari ditakdirkan harta kita dirompak, ahli keluarga kita dibunuh kerana rompakan, rumah terbakar, bankrup dan sebagainya, ketika itu baru mahu menyesal? Bagaimana pula menyesal selepas KEMATIAN kita? Dapatkah kita patah balik untuk membetulkan keadaan?

Perlu kita ingat, betapa kuat kah kita, kaya kah kita, mahir kah kita, bijak kah kita, semua itu dikurniakan oleh Allah S.w.t. Maka sama-sama kita gunakannya ke arah kemanfaatan agama dan ummah, bukannya manfaat individu semata.

Lagi pun seseorang itu menjadi kaya biasanya di atas penat lelah, keringat, darah orang-orang bawahan dan doa serta zikir orang-orang miskin juga.

"Kalian hanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian." [HR an-Nasaa-i. Lihat Shahih Sunan an-Nasaa-i II/669, no. 2978]

"Sesungguhnya Allah menolong ummat ini dengan sebab orang-orang lemah di antara mereka, iaitu dengan doa, shalat, dan keikhlasan mereka." [HR al-Bukhari]

"Orang mukmin itu umpama satu binaan, saling kuat menguat diantara satu sama lain." [HR Muslim]

Kalau anda jenis yang biasa bergaul dengan semua orang tak kira miskin atau kaya, dan menyelami hati mereka, insya Allah anda akan faham apa yang saya tulis di atas. Tetapi jika anda jenis yang dari awal hidup anda di dunia ini sentiasa mewah, tak pernah miskin, apa lagi tak "standard" untuk bergaul dengan orang miskin, susah dan lemah, ataupun anda pernah miskin suatu masa dahulu tetapi telah lupa diri, mungkin anda tak akan faham lah.

Wallahu a'lam ...... :)

Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah S.w.t .......


p/s:  Ooo, rupanya saya dah pernah tulis tajuk yang lebih kurang dengan yang ini dulu. Tajuknya Jangan kumpul banyak harta jika takut SOAL AKHIRAT . Tak apa lah, kira ini sessi ulang-kaji.  :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.