Berita Terkini

Abdur Rahman bin Auf pembela orang-orang yang berhutang dan miskin



Mungkin ramai yang mahu KAYA kerana mahu mencontohi sahabat Nabi S.a.w iaitu seorang saudagar yang kaya-raya iaitu Abdur Rahman bin Auf r.a. 

Tetapi tahukah anda, bahawa Abdur Rahman Auf telah MEMPERUNTUKKAN hartanya kepada 3 bahagian, iaitu;

1/3 untuk memberi pinjam kepada orang

1/3 untuk bantu membayar hutang orang-orang yang berhutang

1/3 untuk sedekah dan membantu orang-ramai

Anda sanggup buat seperti dia?  :)


Walaupun KAYA, tetapi Abdur Rahman Auf juga menyertai Perang seperti Perang Badar dan Uhud.

Diserahkannya pada suatu hari 500 ekor kuda untuk kelengkapan bala tentera Islam, dan di hari yang lain 1,500 kenderaan.

Kemuliaan beliau bukan pada KEKAYAAN HARTA-BENDANYA. Tetapi kemuliaannya pada BAGAIMANA dia belanjakan harta itu untuk AGAMA dan umat Islam.

Perniagaan bagi Abdurrahman bin Auf bukan bererti rakus dan haloba. Bukan pula suka menompok harta atau hidup mewah dan riya'.

Abdurrahman bin Auf adalah seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan seorang khadam yang dikendalikan oleh hartanya. Sebagai buktinya, dia tidak mahu celaka dengan mengumpulkannya dan tidak pula dengan menyimpannya. 

Bahkan dia mengumpulkannya secara santai dan dari jalan yang halal. Kemudian dia tidak menikmati sendirian, tapi ikut menikmatinya bersama keluarga dan kaum kerabatnya serta saudara-saudaranya dan masyarakat seluruhnya.

Pada suatu hari dihidangkan kepadanya makanan untuk berbuka, kerana waktu itu dia sedang berpuasa. Sewaktu pandangannya jatuh pada hidangan tersebut, timbul selera makannya, tetapi dia pun menangis sambil mengeluh, "Mushab bin Umair telah gugur sebagai syahid, dia seorang yang jauh lebih baik daripadaku, dia hanya mendapat kafan sehelai burdah; jika ditutupkan ke kepalanya maka kelihatan kakinya, dan jika ditutupkan kedua kakinya terbuka kepalanya! Demikian pula Hamzah yang jauh lebih baik daripadaku, dia pun gugur sebagai syahid, dan di saat akan dikuburkan hanya terdapat baginya sehelai selendang. Telah dihamparkan bagi kami dunia seluas-luasnya, dan telah diberikan pula kepada kami hasil sebanyak-banyaknya. Sungguh kami khuatir kalau-kalau telah didahulukan pahala kebaikan kami!"

Pada suatu peristiwa lain sebahagian sahabatnya berkumpul bersamanya menghadapi jamuan di rumahnya. Tak lama sesudah makanan diletakkan di hadapan mereka, dia pun menangis; kerana itu mereka bertanya, "Apa sebabnya anda menangis wahai Abu Muhammad?" Ujarnya, "Rasulullah s.a.w telah wafat dan tak pernah beliau berikut ahli rumahnya sampai kenyang makan roti gandum, apa harapan kita apabila dipanjangkan usia tetapi tidak menambah kebaikan bagi kita?"

Begitulah dia, kekayaannya yang melimpah-limpah, sedikitpun tidak membangkitkan kesombongan dan takabur dalam dirinya! Sampai-sampai dikatakan orang tentang dirinya, "Seandainya seorang asing yang belum pernah mengenalinya, kebetulan melihatnya sedang duduk-duduk bersama pekerja-pekerjanya, nescaya dia tak akan sanggup membezakannya dari antara mereka!"

[Sumber dari kitab Rijal Haula Ar-Rasul - Dr.Khalid Muhammad Khalid]


Begitulah mulia dan mengkagumkan anak didik Rasulullah S.a.w ini. Begitu juga dengan anak-anak didiknya yang lain, semuanya mempunyai kelebihan tersendiri yang TIADA TOLOK BANDINGnya di zaman lain. Kerana itulah zaman Nabi S.a.w dan Sahabat r.a adalah zaman MANUSIA-MANUSIA TERBAIK, MasyaAllah .......


p/s: Mungkin Allahyarham P. Ramlee ambil iktibar dari Abdur Rahman bin Auf dalam filem Ahmad Albab :D

Dalam bab POLIGAMI, kita kata nak IKUT NABI S.a.w. Tapi boleh ke kita contohi baginda dan betul ke kita betul-betul hayati apa yang nabi buat? Dalam bab nak KAYA, kita kata nak contohi AbdurRahman Auf, tapi betul ke kita contohi beliau?

Atau kita hanya ikut NAFSU NAFSU NAFSU kita semata?  Muhasabah diri :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.