Berita Terkini

Radiasi ultraungu

Radiasi ultraungu / ultralembayung (singkatannya UV, dari bahasa Inggris iaitu ultraviolet) adalah radiasi elektromagnetik terhadap panjang gelombang yang lebih pendek dari daerah dengan sinar nampak, namun lebih panjang dari sinar-X yang kecil.

Radiasi / sinar UV dapat dibahagi menjadi hampir UV (panjang gelombang: 380–200 nm) dan UV vakum (200–10 nm). Ketika mempertimbangkan pengaruh sinar UV terhadap kesihatan manusia dan lingkungan, jarak panjang gelombang sering dibahagi lagi kepada UVA (380–315 nm), yang juga disebut "Gelombang Panjang" atau "blacklight"; UVB (315–280 nm), yang juga disebut "Gelombang Medium" (Medium Wave); dan UVC (280-10 nm), juga disebut "Gelombang Pendek" (Short Wave).

Istilah ultraviolet bererti "melebihi ungu" (dari bahasa Latin ultra, "melebihi"), sedangkan kata ungu merupakan warna panjang gelombang paling pendek dari cahaya dari sinar nampak. Beberapa haiwan, termasuk burung, reptilia, dan serangga seperti lebah dapat melihat hingga mencapai "hampir UV". Banyak buah-buahan, bunga dan benih terlihat lebih jelas di latar belakang dalam panjang gelombang UV dibandingkan dengan penglihatan warna manusia.


Apabila matahari melalui atmosfera, kesemua UVC dan dianggarkan 90% penyinaran UVB diserap oleh ozon, wap air, oksigen dan karbon dioksida. Sinar UVA kurang terjejas oleh atmosfera.

Oleh yang demikian, sinar UV yang sampai ke permukaan bumi kebanyakan mengandungi UVA dengan sedikit komponen UVB.



Paras sinar UV dipengaruhi oleh

Ketinggian matahari

Semakin tinggi matahari, semakin tinggi paras sinar UV. Oleh itu, paras sinar UV berubah dengan masa.

Latitud

Semakin dekat khatulistiwa, semakin tinggi paras sinar UV.

Litupan awan

Paras sinar UV tinggi jika ketiadaan awan bagaimanapun dengan adanya litupan awan, paras sinar UV juga boleh tinggi.

Altitud

Atmosfera yang nipis kurang menyerap penyinaran UV pada altitud yang tinggi. Dengan setiap 1000 meter kenaikan altitud, paras sinar UV meningkat sebanyak 10 – 12 %.

Ozon

Ozon menyerap sebahagian sinar UV yang mana selainnya akan sampai ke permukaan bumi.

Pantulan bumi

Penyinaran UV dipantul atau diserak dengan takat kepelbagaian mengikut permukaan yang berlainan.



Mengapa sinar UV merbahaya?

Kuantiti sinar UV yang kecil amat berfaedah kepada manusia dan ianya perlu dalam penghasilan vitamin D. Sinar UV juga digunakan untuk merawat beberapa penyakit, termasuk penyakit riket, ‘psoriasis’ dan ekzema. Rawatan ini dilakukan di bawah pengawasan perubatan dan faedah rawatan antara risiko pendedahan sinar UV dengan pertimbangan klinikal.

Pendedahan berpanjangan kepada sinar UV suria akan menyebabkan kesan akut dan kronik kepada kulit, mata dan sistem imun. Pendedahan berlebihan sinar UV oleh selaran matahari dan berjemuran diketahui sebagai kesan akut terbaik; dalam jangka masa panjang, kemerosotan sinar cetusan UV mengubah sel, tisu gentian dan saluran darah yang mendorong kepada pertumbuhan kulit yang kurang matang. Sinar UV juga boleh menyebabkan rangsangan tindakbalas mata seperti ‘photokeratitus’.




Rujukan

1 - Kementerian Sains dan Alam Sekitar
2 - Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.