Sebuah objek gergasi saiz sebuah planet telah muncul di skrin teleskop Heliospheric Imager-1, diteropong oleh ahli astronomi berhampiran planet Utarid, dengan pemburu UFO di seluruh dunia tertanya-tanya sama ada ianya kapal makhluk asing.
Objek muncul secara tiba-tiba dari ghaib, dalam urutan imej-imej penyemburan korona dari Matahari, yang diambil oleh teleskop NASA.
Ketika nyalaan itu lalu ke Utarid, objek yang besar muncul di sebelahnya - tetapi saintis NASA menegaskan bahawa objek itu semata-mata hasil daripada cara imej diproses.
Walau bagaimanapun, pakar-pakar mengatakan bahawa tidak ada makhluk asing yang bersembunyi dalam sistem suria kita.
Imej dari teleskop telah dianalisis oleh Makmal Penyelidikan Tentera Laut Amerika Syarikat, dengan jurutera Nathan Rich menjelaskan bahawa 'objek' itu sebenarnya adalah imej Utarid dari hari sebelumnya.
[Mail Online]
Pemburu-pemburu UFO itu pun satu hal, masih tidak sedar yang piring-piring terbang yang ditemui selama ini bukan lah milik makhluk asing, tetapi milik kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sendiri.
Makhluk asing tidak wujud pun. Ianya hanya propaganda dari pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Apa lagi kalau objek itu dah sebesar sebuah planet. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)