Berita Terkini

Beberapa kes jenayah simbah asid ke muka dan badan di negara ini

Semakin menjadi-jadi dan bertambah serius juga kes simbah asid ke muka di negara 1Malaysia kita ini. Nampaknya kerajaan perlu memberi perhatian lebih dan mengambil suatu langkah yang wajar bagi mengatasi gejala ini, sebelum lagi ramai akan hilang wajah asal dan penglihatan kekal nanti. 

Manusia sudah menjadi semakin ganas seperti zaman jahiliyyah dan bertindak tanpa perikemanusiaan akibat dari Undang-undang Islam tidak dilaksanakan dan pendidikan Agama Islam semakin tidak dititik-beratkan. Tetapi tidak boleh dipersalahkan kepada penyimbah asid sahaja, kerana ianya mungkin ada kaitan dengan banyak hal.

Walaupun begitu, adalah tidak patut sama sekali jika kita cuba menyelesaikan kes dengan menyimbah asid ke muka orang lain. Fikirkan lah bagaimana jika kita sendiri yang kena. Dan jika simbah asid ke muka orang lain pun, suatu hari nanti kita akan kena hukuman yang setimpal pula, jika tidak di dunia maka di akhirat. Maka apa gunanya membalas dendam atau melepaskan kemarahan yang akhirnya akan menyusahkan diri kita sendiri juga? Puas hati sekejap, tetapi sengsaranya berpanjangan.

Samalah dengan membalas dendam menggunakan santau dan seumpamanya. Ianya bukan sahaja syirik, tetapi menyebabkan orang yang membalas dendam lebih zalim dari orang yang berbuat khianat padanya sebelum itu.

Sebab itu kesabaran amat penting dan setiap manusia tidak terlepas dari ujian. Berikut saya kutip beberapa kes simbah asid mengikut kronologi, bermula dari yang terbaru .......

Baca juga Cara mengurangkan kesan simbahan asid pada tubuh

Update:


Simbah asid kerana dendam

SENTUL 24 Mei 2011 - Akibat dendam lama, dua lelaki keturunan Aceh bertindak nekad menyimbah cecair dipercayai asid ke arah seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di depan rumah sewanya di Kampung Chubadak, Sentul Pasar, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dipercayai sedang berjalan masuk ke dalam rumah sebelum mendengar namanya dipanggil.

Menurut sumber, apabila mangsa memusingkan badannya, kedua-dua suspek terus menyimbah cecair berkenaan yang mengenai muka, tangan dan badan mangsa.

“Difahamkan, beberapa hari lalu berlaku pertelingkahan antara mangsa dengan kedua-dua suspek, serta seorang lagi individu dipercayai pemilik rumah yang disewa mereka.

“Mereka dikatakan bertengkar sesama sendiri berkenaan hal sewa rumah,” katanya.

Baca selanjutnya .......

Ibu dan anak cedera mangsa terbaru disimbah asid

KUALA LUMPUR 8 Mei – Seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun menjadi mangsa terbaru kes perbuatan khianat apabila cedera di muka akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid di Persiaran Titiwangsa di sini semalam.

Mangsa yang berusia 30 tahun dan merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Ini merupakan kejadian ketiga berlaku di ibu negara. Kelmarin, seorang wanita dan seorang gadis berusia lingkungan 20-an turut menerima nasib sama setelah disimbah cecair itu di muka ketika masing-masing sedang berjalan kaki di luar sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra dan di Jalan Pudu Ulu. [Utusan Malaysia - 8 Mei 2011]

Simbah asid dua hari berturut turut 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.

Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields....... [Harian Metro - Mac 2011]


Gadis di tikam & simbah asid akibat tolak cinta

JOHOR BAHARU, 17 Dis - Nur Ain Ashikin Jemedi kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan setelah ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid oleh seorang lelaki semalam.

Puncanya ialah kerana Nur Ain Ashikin, 17, tidak membalas cinta lelaki yang berusia 42 tahun yang juga anak angkat kepada keluarganya.

Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 pagi di rumah keluarga mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi turut membunuh kandungannya yang berusia 24 minggu.

Selepas serangan itu, suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram...... [Malaysia Insider - 17 Disember 2010]


Kena simbah cuka getah akibat tolak cinta

GEORGETOWN: Akibat cinta tidak berbalas, seorang lelaki menyimbah cuka getah ke muka bekas rakan sekerjanya bagi membalas dendam di depan rumah nenek wanita itu di Taman Cenderwasih, Seberang Prai Selatan, baru-baru ini.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ain, 21, melecur 70 peratus di bahagian muka, tangan dan badan, masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Mangsa merancang mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya selepas sambutan Aidiladha bulan depan, buntu memikirkan masa depannya berikutan kecederaan dialaminya.  [Harian Metro - 28 Oktober 2010]


Bapa simbah asid

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.

“Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai....... [Berita Harian - 18 Ogos 2010]



Wanita parah disimbah asid

KUANTAN 8 April - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itulah ungkapan sesuai digunakan buat seorang lelaki yang tergamak menyimbah asid kepada isterinya hanya semata-mata kerana keengganan wanita itu untuk mengadakan hubungan seks.

Dalam kejadian di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2, di sini, kira-kira pukul 2 pagi semalam, mangsa cedera parah di bahagian muka dan tubuhnya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur apabila suaminya yang bekerja sebagai peneroka dan berusia 47 tahun, baru pulang selepas bermain judi.

Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Zulkifli Taha berkata, siasatan mendapati, suspek yang bekerja sebagai peneroka pulang ke rumah itu dalam keadaan marah lalu terus memasuki bilik.

"Suspek kemudian mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan seks.

"Bagaimanapun wanita berusia 30-an itu menolak keinginan suaminya kerana tidak sihat dan sakit kepala," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, suspek yang tiba-tiba naik angin lalu mengambil cuka getah di dalam baldi di luar rumah lalu bertindak menyimbah ke arah mangsa. [Utusan Malaysia - 8 April 2010]



Ibu dan adik kandung menyimbah asid ke mukanya 

Sungguh menyayat hati melihatkan keadaan simangsa ini. Mengapakah seorang ibu dan adik kandung sendiri tergamak melakukan kekejaman sedemikian rupa? Ikuti laporan di bawah ini dari Harian Metro, Rabu, 13 Januari 2009.

“Hang (awak) tengok la apa depa (mereka) dah buat kat aku,” kata seorang lelaki kepada adik perempuannya sambil menunjukkan kecederaan dialaminya akibat disimbah asid oleh ibu dan adik lelakinya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Adiknya, Aniza, 38, ketika ditemui berkata, sebelum kejadian Azri yang tinggal di Kampung Bukit Tok Alang bertandang ke rumah ibunya di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang masih bujang pergi ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Abdullah Man yang meninggal dunia Ogos lalu selain berbincang mengenai harta keluarga....... [Harian Metro - 13 Januari 2009]


Hasrat Tuan Azman kahwin lagi hancur berkecai

KOTA BHARU 28 Okt. - Hasrat Tuan Azman Tuan Ludin, 31, anggota tentera yang cacat akibat disimbah asid untuk berkahwin dengan gadis pilihannya, Normasalina Mohd. Noor, 22, berkecai apabila hubungan mereka terputus minggu lalu.

Tuan Azman berkata, dia membuat keputusan memutuskan hubungan itu setelah Normasalina tidak lagi menghubunginya sejak dia keluar dari hospital pada 12 Oktober lalu.

Malah menurut beliau, gadis itu yang pernah melafazkan ``kesediaan menerimanya walaupun wajah dan tubuhnya tidak seperti dahulu'', juga tidak menjawab lagi panggilan telefon dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dikirimnya.

``Saya telah hantar SMS kepadanya untuk memutuskan hubungan minggu lalu selepas dia tidak menjawab panggilan telefon dan cuba menjauhkan diri daripada saya.

``Saya rasa mungkin dia tidak menyukai saya lagi selepas melihat kecacatan wajah saya dalam akhbar atau pun mungkin dia sudah ada orang lain,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tuan Azman mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka dan keseluruhan badannya akibat disimbah cuka getah ketika sedang tidur dipercayai perbuatan isterinya, Siti Khalifah Sulong, 53, pada 31 Julai lalu selepas anggota tentera itu menyuarakan hasrat untuk berpoligami.

Kecederaan itu menyebabkan Tuan Azman mengalami kecacatan kekal iaitu mata kirinya kabur dan sepet sementara bibirnya tidak boleh ditutup rapat.  [Utusan Malaysia - 28 Oktober 2005]

Dan macam-macam lagi ....... na'uzubillah

Baca juga Cara mengurangkan kesan simbahan asid pada tubuh

1 ulasan:

  1. Rupa wajah mamat/ suspek yg simbah asid dikenal pasti semalam...diharap suspek dpt ditangkap dgn segera.

    Rupa penjenayah simbah asid dikenal pasti

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.