Berita Terkini

Facebook, Angry birds dan Maharaja Lawak adalah carian dalam talian terbanyak rakyat Malaysia tahun 2011

google search di malaysia
Nampaknya amat ramai orang yang login ke Facebook dengan menaip dalam kotak search terlebih dahulu, bukan masuk melalui bookmark dan sebagainya. Ini terbukti dengan pengumuman oleh Pakcik Google seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro di bawah.

Dan saya amat hairan, kenapa pengaruh kartun / games seperti Angry Bird yang menguasai jiwa rakyat Malaysia sekarang, huhu.

KUALA LUMPUR: Google hari ini berkata carian yang paling pantas meningkat melalui google.com.my bagi tahun ini ialah facebook, angry birds dan program realiti TV Maharaja Lawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program Amerika, Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan rancangan TV yang paling banyak dicari tahun ini, manakala iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid adalah carian berkaitan teknologi yang paling popular.

Bagi carian mengenai orang, penyanyi dan penggubah lagu Bruno Mars mengungguli senarai yang termasuk bintang muzik antarabangsa Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber, yang wajah masing-masing menduduki tempat teratas dalam senarai carian imej paling popular.

Warga Malaysia yang paling pantas meningkat dalam carian ialah Cikgu Shida, yang mengumpul pengikut yang besar dengan nyanyian bisunya mengikut lagu-lagu sukaramai tempatan dan antarabangsa.

Warga Malaysia lain dalam senarai ialah penulis blog muda Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim dan pereka tudung muslimah Hana Tajima.

Destinasi perjalanan antarabangsa terkemuka yang dicari melalui Google.com.my ialah Kowloon/Hong Kong, pulau Su Mei dan Phuket (Thailand), diikuti oleh Bangkok, Maldives dan Disneyland Hong Kong.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof, berkata 'Zeitgeist' (perkataan Jerman bagi 'semangat semasa') akhir tahun Google itu -- yang diperoleh melalui kajian carian yang diterima oleh Google setiap tahun -- merupakan pengukur budaya yang mendedahkan segala-galanya yang membuat orang teruja, ingin tahu atau semata-mata mahu mengetahui lebih banyak.

"Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa hinggalah kepada budaya popular, sukan dan segala-gala di antaranya, trend carian mendedahkan apa yang secara kolektifnya ada dalam fikiran rakyat Malaysia," kata beliau.

[Bernama , Harian Metro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.