Dari pameran Batu permata Pirus Tembaga (Copper Turquoise), kita berpindah pula ke pameran Batu permata Jarum Mas @ Rutilated Quartz @ Rutile Quartz. Batu ini dipanggil batu Jarum Mas kerana di dalamnya ada bendasing seakan jarum emas. Tetapi kadang-kadang ada juga bendasing yang berwarna hijau, biru, merah jambu, kuning, hitam dan putih.
Batu Jarum Mas asli ini berasal dari Brazil. Ia mempunyai bendasing yang berwarna seperti emas asli. Lihatlah sendiri warna yang tidak diedit di dalam gambar ini.
Di bawah ini pula cincin berbatu Jarum Mas (Rutilated Quartz) yang ambe pakai , murah aja dong :D Di dalam batu seperti ada habuk-habuk kayu kan?
Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom
Bersambung ke pameran Batu permata akik fosil bunga karang hexagon 2 ....... :)
Info tentang batu permata Jarum Mas
Batu Jarum Mas @ Rutilated Quartz @ Rutile adalah mineral yang terdiri terutamanya daripada titanium dioksida (TiO2), subhanAllah.
Rutile mendapat namanya dari bahasa Latin iaitu rutilus, yang bermaksud 'merah', merujuk kepada warna merah dalam yang diperhatikan dalam beberapa spesimen apabila dilihat oleh cahaya terpancar.
Sebagai mineral, rutile sangat tinggi pada indeks biasan dan tersebar lebih daripada hampir apa-apa mineral yang lain. Ini bermakna bahawa apabila rutile muncul dalam mineral lain, ia hampir selalu muncul dalam keadaan panjang dan warna nipis.
Rutile dan kuarza mempunyai tahap berbeza kekerasan pada skala Mohs. Atas sebab ini, rutilated quartz sukar untuk diratakan batunya dengan betul supaya ia boleh ditetapkan dalam barang kemas.
Adalah dapat difahami bahawa apa-apa mineral banyak datang dalam beberapa variasi. Ini termasuk rose quartz, smoky quartz, dan rutilated quartz. Keluarga kuarza, termasuk rutilated quartz boleh didapati di Brazil, Madagascar, Australia, Norway, Kazakhstan dan Pakistan. Ia juga boleh didapati di Amerika Syarikat. Kebanyakan banjaran gunung di Amerika mengandungi deposit besar kuarza.

Bagaimana untuk mengenali batu Jarum Mas palsu?
Terdapat juga batu Jarum Mas tiruan, yang biasanya diperbuat dari bahan acrylic, sepertimana yang dibuat pada pemegang kunci (key chain) yang mengandungi pelbagai objek di dalamnya seperti hidupan laut, tumbuhan dan sebagainya.
Maka untuk mengetahui keaslian batu ini, anda boleh mengujinya dengan membakar batu tersebut. Jika ianya dibuat dari acrylic, ia akan mencair, sedangkan batu aslinya tidak.
Ada juga batu Jarum Mas tiruan yang dimasukkan dengan dawai elektrik. Maka perhatikan pada batu itu bahawa ia betul-betul batu atau hanya bahan kaca. Wallahu a'lam. Jika ada sesiapa yang mahu menambah info tentang batu ini, silakan lah, terima kasih :).
Rujukan:
1 - Wikipedia
2 - http://www.wisegeek.com/what-is-rutilated-quartz.htm
1 - Wikipedia
2 - http://www.wisegeek.com/what-is-rutilated-quartz.htm