Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Pautan Luar

» » » Batu permata Jarum Mas (Rutilated Quartz)

Dari pameran Batu permata Pirus Tembaga (Copper Turquoise), kita berpindah pula ke pameran Batu permata Jarum Mas @ Rutilated Quartz @ Rutile Quartz. Batu ini dipanggil batu Jarum Mas kerana di dalamnya ada bendasing seakan jarum emas. Tetapi kadang-kadang ada juga bendasing yang berwarna hijau, biru, merah jambu, kuning, hitam dan putih.

Batu permata Jarum Mas - rutilated quartz
Batu Jarum Mas potongan Cabochon (Rutilated Quartz cabochon) - Saiz 24x14x11mm

Batu Jarum Mas asli ini berasal dari Brazil. Ia mempunyai bendasing yang berwarna seperti emas asli. Lihatlah sendiri warna yang tidak diedit di dalam gambar ini.

Batu permata Jarum Mas - rutilated quartz

Batu permata Jarum Emas - rutilated quartz



Di bawah ini pula cincin berbatu Jarum Mas (Rutilated Quartz) yang ambe pakai , murah aja dong :D  Di dalam batu seperti ada habuk-habuk kayu kan?

Batu permata Jarum Mas - rutilated quartz


Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom

Bersambung ke pameran Batu permata akik fosil bunga karang hexagon 2 ....... :)



Info tentang batu permata Jarum Mas

Batu Jarum Mas @ Rutilated Quartz @ Rutile adalah mineral yang terdiri terutamanya daripada titanium dioksida (TiO2), subhanAllah.

Rutile mendapat namanya dari bahasa Latin iaitu rutilus, yang bermaksud 'merah', merujuk kepada warna merah dalam yang diperhatikan dalam beberapa spesimen apabila dilihat oleh cahaya terpancar.

Sebagai mineral, rutile sangat tinggi pada indeks biasan dan tersebar lebih daripada hampir apa-apa mineral yang lain. Ini bermakna bahawa apabila rutile muncul dalam mineral lain, ia hampir selalu muncul dalam keadaan panjang dan warna nipis.

Rutile dan kuarza mempunyai tahap berbeza kekerasan pada skala Mohs. Atas sebab ini, rutilated quartz sukar untuk diratakan batunya dengan betul supaya ia boleh ditetapkan dalam barang kemas.

Adalah dapat difahami bahawa apa-apa mineral banyak datang dalam beberapa variasi. Ini termasuk rose quartz, smoky quartz, dan rutilated quartz. Keluarga kuarza, termasuk  rutilated quartz boleh didapati di Brazil, Madagascar, Australia, Norway, Kazakhstan dan Pakistan. Ia juga boleh didapati di Amerika Syarikat. Kebanyakan banjaran gunung di Amerika mengandungi deposit besar kuarza.


Bagaimana untuk mengenali batu Jarum Mas palsu?

Terdapat juga batu Jarum Mas tiruan, yang biasanya diperbuat dari bahan acrylic, sepertimana yang dibuat pada pemegang kunci (key chain) yang mengandungi pelbagai objek di dalamnya seperti hidupan laut, tumbuhan dan sebagainya.

Maka untuk mengetahui keaslian batu ini, anda boleh mengujinya dengan membakar batu tersebut. Jika ianya dibuat dari acrylic, ia akan mencair, sedangkan batu aslinya tidak.

Ada juga batu Jarum Mas tiruan yang dimasukkan dengan dawai elektrik.  Maka perhatikan pada batu itu bahawa ia betul-betul batu atau hanya bahan kaca. Wallahu a'lam.  Jika ada sesiapa yang mahu menambah info tentang batu ini, silakan lah, terima kasih :).


Rujukan:

1 - Wikipedia

2 - http://www.wisegeek.com/what-is-rutilated-quartz.htm

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)