Seorang penyembah syaitan yang percaya kepada 'Black Jesus' dan melakukan pemujaan hari-hari di puncak gunung di Papua New Guinea telah menetak keluarganya dengan sebilah kapak sehingga mati, kemudian membunuh dirinya sendiri.
Rodney Sinod yang berusia 37 tahun telah berkali-kali memberi amaran keluarganya yang dia akan membunuh mereka agar dunia menjadi aman. Sinod telah menyerang ayah, adik tiri, dan dua orang sepupunya yang masing-masing berumur 2 dan 5 tahun sebaik sahaja dia pulang dari pemujaan waktu pagi pada 10 Oktober yang lalu.
Dia juga telah mencederakan sepupunya yang berumur 17 tahun pada bahagian tangan dan kepala dengan kapaknya tadi.
Sinod kemudiannya lari ke luar rumah dan membunuh dirinya sendiri dengan mentusukkan pisau ke dalam dada dan berlari ke aras pokok untuk mentusukkan pisau tersebut lebih dalam lagi.
Amalan sihir dan ilmu hitam banyak diamalkan di Papua New Guniea. Yang menjadi mangsa biasanya golongan tua dan lemah.
Via - Capital News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)