Seorang wanita berusia 52 tahun yang bekerja sebagai setiausaha ejen hartanah yang mengadu sakit perut telah membuatkan doktor kehairan dan mendapati bahawa ada 78 sudu dan garpu dalam perutnya. Para doktor telah mengeluarkan berdozen sudu dan garpu dari dalam perut Margaret Daalmans satu persatu.
Laporan rasmi mengatakan bahawa ini bukannya kali pertama Margaret menelan sudu dan garpu. Dia sememangnya sedang menjalani terapi personaliti untuk merawatnya dari selera yang sangat pelik.
Mengikut kenyataan doktor, dia mengalami satu obsesi dan setiap kali dia duduk untuk makan, dia akan mengabaikan makanan itu tetapi sebaliknya memakan sudu dan garpu.
Margaret sendiri memberitahu doktor, "Saya tidak tahu kenapa, tetapi saya terdorong untuk memakan sudu garpu itu. Dan saya sendiri tidak dapat menolong diri saya."
Jurucakap hospital berkata bahawa Margaret telah selamat menjalani pembedahan dan kembali pulih dan memberikan tindak balas yang baik terhadap terapi yang dijalaninya.
Sumber - STV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)