Andreas Panayiotou, 45, memiliki harta bernilai £400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tempat yang ke 200 dalam senarai orang paling kaya di Britain. Siapa sangka jutawan itu sebenarnya seorang yang tidak tahu membaca @ buta huruf.
Anak pendatang yang berketurunan Greek-Cypriot itu dibesarkan di London's East End dan di sekolah dia merupakan seorang yang berbakat dalam tinju.
Dia tidak takut apabila bertinju, tetapi dia cukup malu apabila disuruh membaca kuat dalam kelas. Itu adalah antara memorinya waktu kecil yang masih segar.
Panayiotou belajar menghafal perkataan tetapi tidak pernah belajar membaca dalam pengertian konvensional, meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa ada satu O-level pun.
Jutawan itu tidak pandai untuk mengisi borang untuk membuat pasport pun. Dia juga terpaksa menghafal tanda-tanda di jalanraya untuk memandu.
Ayah kepada 5 orang anak itu mengaku, "Semasa kanak-kanak, saya cuba yang terbaik untuk membaca."
"Perkataan-perkataan akan menjadi kelam-kabut dalam otak saya." Dia kemudiannya belajar untuk mengalahkan penyakit 'disleksia' nya setelah dia membina hartabenda dan hotel.
Bekas ahli tinju itu, meluahkan hasratnya untuk membantu pesakit disleksia, berkata: "Saya benci membaca ketika masih kanak-kanak."
"Setelah dewasa saya telah mengatur hidup saya untuk menghindarinya (membaca) sebaik mungkin."
[The Sun]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)