Berita Terkini

Saintis mengumpul elektrik dari nafas manusia

Saintis mengumpul elektrik dari nafas manusia
Tidak hanya gerakan kaki atau tangan manusia yang boleh menghasilkan elektrik, hembusan nafas yang keluar dari hidung pun ternyata boleh dimanfaatkan untuk membangkitkan elektrik.

Peneliti fizik material dari Wisconsin University menjumpai pita plastik mikro yang bergetar ketika dilewati hawa berkelajuan rendah. Bahan ini boleh dibangunkan untuk mencipta tenaga dari hembusan nafas manusia.

Dalam laporan di jurnal Energy and Environmental Science edisi September, Xudong Wang dan Chengliang Sun membincangkan kesan piezoelectric pada bahan tersebut. Mereka menyatakan bahawa muatan elektrik boleh dikumpulkan seperti bateri jika berlaku tekanan mekanik pada bahan khusus polyvinylidene fluoride (PVDF).

"Pada dasarnya kami menghasilkan tenaga mekanik sistem biologi," Wang menjelaskan.

Udara yang mengalir melalui sistem pernafasan manusia umumnya bergerak pada kelajuan 2 meter per saat. Penyelidikan mereka menunjukkan aliran udara berkelajuan rendah sekalipun boleh menghasilkan getaran asalkan bahan yang dilaluinya amat tipis.

Daya yang dihasilkan melalui getaran itu relatif kecil, cuma beberapa mikrowatt, namun tenaga itu cukup besar untuk menghidupkan sensor atau diimplan tertentu pada wajah. Penemuan ini boleh dimanfaatkan untuk menyokong perkembangan teknologi nano.

Saintis mengumpul elektrik dari nafas manusia
Pada ketika ini, teknologi nano membolehkan penyelidik membuat peranti elektronik berukuran mini yang boleh digunakan sebagai pemantau aktiviti biologi tubuh, seperti pengeluaran glukosa tubuh. Alat mini ini hanya memerlukan tenaga kecil untuk beroperasi dan boleh dipenuhi oleh pita supernipis yang dicipta oleh Wang.

Untuk membuat pita nipis ini, Wang memanfaatkan proses "penggoresan ion" pada bahan nipis sehingga membangkitkan kesan piezoelectric. Beberapa perbaikan lebih jauh boleh dilakukan agar ketebalan pita boleh diatur hingga peringkat submikron.

Selain aliran pernafasan, penyelidik mensasarkan kemungkinan penggunaan tenaga badan yang terbuang melalui aliran darah, gerakan, hingga panas tubuh. Gerakan mekanikal yang tetap ini akan menjadi sumber tenaga yang tak akan habis.

[Physorg , Gizmag , Tempo Interaktif]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.