Emma Cahill yang berusia 16 tahun, telah diisytiharkan sebagai pelajar wanita Britain yang paling tinggi dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, dan masih lagi membesar. Dia baru memulakan tahun 6 pengajian di St Mary's Convent School, Worcester.
Dia adalah pemain bolajaring ternama di sekolahnya tetapi memerlukan pakaian yang sesuai dengan saiznya yang jauh lebih besar dari gadis-gadis lain.
Ayahnya Andrew yang berusia 45 tahun juga seorang yang agak tinggi iaitu 6 kaki 6 inci dan ibunya pula 5 kaki 11 inci.
"Saya sangat bangga menjadi pelajar wanita tertinggi di Britain. Saya suka menjadi lain dari yang lain tetapi saya kira saya masih lagi membesar. Saya mahu membesar beberapa inci lagi untuk mengejar ketinggian ayah saya," kata Emma.
"Saya pernah dibuli tetapi saya cuba untuk tidak memikirkannya. Mereka memanggil saya dengan pelbagai nama dan ketawa pada saya."
Sementara itu, remaja yang paling tinggi di dunia pula ialah Brandon Adams yang berusia 17 tahun dari Amerika yang mencecah ketinggian 7 kaki 4 1/2 inci.
Sumber - Telegraph
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)