Udachnaya Pipe, Russia - Merupakan tempat simpanan berlian di Daldyn-Alakit padang kimberlite di Republik Sakha, Russia. Udachnaya ditemui pada 15 Jun 1955, 2 hari selepas penemuan paip berlian Mir oleh ahli geologi Soviet Vladimir Shchukin dan kumpulannya.
Bingham Canyon Mine - Terletak di Salt Lake City, Utah, USA. Merupakan lombong terbuka yang mengekstrak simpanan tembaga Porphyry, di pergunungan Oquirrh. Menurut Kennecott, ia merupakan lubang yang terbesar digali dengan mesin penggali (excavator).
Chuquicamata, Chile - Lombong tembaga di utara Chile.
Darvaza Gas Crater, Turkmenistan - Pada tahun 1971, para geologist menjumpai timbunan gas asli bawah tanah yang banyak di tapak ini. Semasa menggali lubang untuk mendapatkan gas tersebut, (alat penggali) nya roboh dan meninggalkan kesan lubang yang sangat besar. Untuk mengelakkan gas2 beracun daripada keluar, lubang tersebut dibiarkan untuk terbakar hingga ke hari ini tanpa henti.
Diavik Mine, Canada - Lombong berlian di wilayah barat daya, Canada. Lombong ini dimiliki bersama oleh Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond Mines Inc., anak syarikat kepada Rio Tinto Group.
Great Blue Hole, Belize - Sebuah lubang dalam air yang sangat besar terletak di perairan Belize.
Guatemala Sink Hole - Pada tahun 2007, sebuah lubang terjadi sedalam 300 kaki yang telah menelan berdozen rumah di Guatemala. 2 orang terbunuh dan beribu-ribu orang terpaksa dipindahkan. Lubang ini terjadi disebabkan hujan dan laluan pembuangan kotoran bawah tanah.
Kimberly Diamond Mine - Merupakan lubang terbesar, lombong berlian yang digali menggunakan tenaga manusia, iaitu menggunakan cangkul dan pencungkil.
Mirny Diamond Mind, Siberia - Lombong yang dalamnya 525 meter dan diameter 1200 meter. Merupakan lombong berlian yang pertama dan antara yang terbesar di Russia.
Monticello Dam - Sebuah empangan di Napa County, California yang dibina antara tahun 1953 dan 1957.
Foto lubang-lubang terbesar di dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)