Dari 31 Oktober hinggalah 2 November, beberapa pesta dan perayaan diadakan, semuanya adalah berkisar tentang mengingati kematian. Halloween, Samhain, All Saints' Day, All Souls' Day, the Day of the Dead dan beberapa lagi adalah mengikut asalnya kembali kepada tradisi Celtic, Aztec, Roman dan Kristian.
Foto-foto berikut ini dikumpulkan oleh boston.com, berkenaan dengan pesta mengingati hari kematian baru-baru ini dari serata dunia.
Binaan berbentuk tengkorak diselaputi dengan bunga-bunga Marigold. Diletak di hadapan dinding perkuburan semasa persediaan untuk altar besar di tanah perkuburan San Fernando, Mexico pada 27 Oktober 2009. (AP Photo/Gregory Bull)
Wanita-wanita berpakaian warna-warni menghadiri pameran amal Halloween di Hong Kong pada 31 Oktober 2009. (ED Jones/AFP/Getty Images)
Kanak-kanak gred 3 dari Sekolah Utara yang melawat Museum of Fine Arts Boston pada 30 Oktober 2009. Presiden Bank Amerika telah menghadiahkan mereka topeng orang Mesir. (David L Ryan / Globe Staff)
Pemuzik-pemuzik menyambut kanak-kanak sekolah tempatan yang tiba di White House untuk menyambut pesta Halloween bersama Presiden Barack Obama dan keluarganya pada 31 oktober 2009. (REUTERS/Jonathan Ernst)
Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle Obama menyambut pesta Halloween di White House, Washington DC. (JEWEL SAMAD/AFP/Getty Images)
Boneka tengkorak besar dijulang sejurus sebelum permulaan Pesta Perkampungan Halloween di New York pada 31 Oktober 2009. (AP Photo/Tina Fineberg)
Boneka hantu yang besar dijulang di Pesta Perkampungan Halloween di New York pada 31 Oktober 2009. (AP Photo/Tina Fineberg)
Pesta yang diadakan di Guatemala, 30 Oktober 2009. (AP Photo/Rodrigo Abd)
Seorang wanita menyemburkan alkohol pada seekor kuda sebagai persediaan untuk perlumbaan kuda tradisi pada hari All Saints Day di Todos Santos, Guatemala pada 1 November 2009. (REUTERS/Daniel LeClair)
Seorang lelaki mempersembahkan upacara Voodoo pada perayaan Hari Kematian di perkuburan kebangsaan Port-Au-Prince, Haiti pada hari Ahad , 1 November 2009. (AP photo/Ramon Espinosa)
Layang-layang raksaksa dibuat oleh penduduk Sumpango, 48 KM dari barat bandar Guatemala, Guatemala, untuk menyambut All Saints Day, pada 1 November 2009. (JOHAN ORDONEZ/AFP/Getty Images)
Altar yang sudah dihias sempena dengan Hari Kematian pada 29 Oktober 2009 di London, England. Altar itu dibuat oleh artis seni Mexico iaitu Adriana Amaya. (Dan Kitwood/Getty Images)
Dan banyak lagi gambar foto di Boston.com .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)