Semalam sempat keluar menembak di bandar Kuala Terengganu bersama adik saya Mohd Hanif. Bangunan Wisma Darul Iman jadi sasaran utama. Tetapi tidak sempat lama kerana hujan turun.
Saya cuba ambil angle dari mercu tanda baru di Terengganu. Kelihatan mercu tanda itu seperti beberapa layar kapal dan di tengah-tengahnya seperti sirip ikan jerung. Ntah betul ke tidak, ini hanya tekaan saya :D
Wisma Darul Iman ditembak dari tepi salah satu mercu tanda dalam bandar Kuala Terengganu
Di bawah ini pula gambar-gambar waktu malam / night shot lama yang juga difokuskan kepada bangunan Wisma Darul Iman.
Wisma Darul Iman di tembak dari kampung Ladang, di atas benteng yang menghubungkan ke rumah api
Wisma Darul Iman di tembak dari Seberang Takir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)