Gambar-gambar Wisma Darul Iman waktu malam

Semalam sempat keluar menembak di bandar Kuala Terengganu bersama adik saya Mohd Hanif. Bangunan Wisma Darul Iman jadi sasaran utama. Tetapi tidak sempat lama kerana hujan turun.

Saya cuba ambil angle dari mercu tanda baru di Terengganu. Kelihatan mercu tanda itu seperti beberapa layar kapal dan di tengah-tengahnya seperti sirip ikan jerung. Ntah betul ke tidak, ini hanya tekaan saya :D

gambar Wisma Darul Iman waktu malam
Wisma Darul Iman ditembak dari tepi salah satu mercu tanda dalam bandar Kuala Terengganu


gambar Wisma Darul Iman waktu malam

Di bawah ini pula gambar-gambar waktu malam / night shot lama yang juga difokuskan kepada bangunan Wisma Darul Iman. 

gambar Wisma Darul Iman waktu malam
Wisma Darul Iman di tembak dari kampung Ladang, di atas benteng yang menghubungkan ke rumah api


gambar Wisma Darul Iman waktu malam
Wisma Darul Iman di tembak dari Seberang Takir

Ulasan