Satu paparan hebat tentang burung kelicap 'spatuletail hummingbird' (Loddigesia mirabilis) oleh BBC. Jenis burung kelicap ini jarang didapati dan menarik. Dengan menggunakan kamera kelajuan tinggi, kru filem BBC natural history telah pertama kalinya merakam urutan haiwan ini mengawan dalam gambar gerak perlahan.
Kru BBC merakamkan bagaimana burung yang jantan mempromosikan dirinya di hadapan yang betina, dan menyelesaikan misteri bagaimana burung jantan membuat bunyi 'snap' semasa pertunjukannya.
Spesis ini hanya didapati di beberapa tempat di Peru. Ianya luarbiasa bukan hanya kerana jarang didapati tetapi tingkahlaku mengawannya juga sangat luarbiasa.
Burung ini mempunyai empat bulu ekor. Bagi yang jantan, dua dari ekor ini membesar 3 atau 4 kali panjang tubuh burung itu sendiri. Di hujung ekornya ada cakera berwarna biru-violet yang besar, dipanggil sebagai 'spatule'.
Video ini dirakamkan untuk siri BBC natural history Life yang akan ditayangkan pada 9 November.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)