Semakin ramai manusia yang menonton pornografi hari ini kerana ianya sudah tersangat luas tersebar tanpa batasan, lebih-lebih lagi di internet. Di Amerika Syarikat, permintaan terhadapnya semakin tinggi dan ianya juga merupakan salah satu peluang pekerjaan di sana.
Amerika Syarikat merupakan pengeluar pornografi terbesar di dunia dan lembah San Fernando, Los Angeles merupakan pusat porno, di mana 90% industri porno ada di situ.
"Ada gadis baru datang setiap hari. Ratusan dari mereka, "kata seorang pelakon filem porno Kelly Devine.
Devine ragu-ragu pada awalnya untuk memasuki bisnes ini, tapi kerana masalah wang dan prospek pekerjaan, dia merantau dari Pennsylvania untuk melibatkan diri dalam perdagangan seks.
"Tidak ragu-ragu lagi bahawa ada puluhan ribu orang terkena kesan industri pornografi," kata Steven Hirsch, pengasas Vivid Entertainment, salah satu syarikat pengusaha porno terbesar. "Sama ada mereka bekerja secara langsung atau seseorang dalam keluarga mereka bekerja dalam bisnes ini," kata Hirsch.
Pengarah B. Skow mengatakan dia telah melihat wanita dari semua jenis pekerjaan berpindah ke industri filem dewasa kerana keperluan kewangan.
"Saya mendapatkan semua orang dari akauntan, kepada pembantu doktor gigi, guru pustakawan, dan saya punya seorang gadis yang bekerja di Walt Disney World," jelasnya.
Hal ini merunsingkan banyak kumpulan konservatif, yang melihat porno sebagai eksploitasi terhadap kaum wanita.
"Saya faham, tapi bukan hak anda untuk memberitahu orang lain apa yang mereka tidak boleh lakukan," kata Hirsch "Tidak ada polis moral di luar sana. Orang-ramai mempunyai hak untuk menonton, orang dewasa mempunyai hak untuk menonton apa yang mereka inginkan di rumah mereka," tambah Hirsch.
Sumber dari Russia Today , 19 February 2011
Makin rosak akhlak penduduk dunia jika pornografi ini semakin berleluasa. Lagi pun hari ini boleh dikatakan internet diguna oleh hampir semua orang. Dan bahan-bahan porno, seks bebas dan lucah AMAT MUDAH untuk diperolehi dan ditonton di dalam internet.
Jika dulu kebanyakannya perlu dibayar dan menjadi ahli untuk mendapatkan bahan lucah, tetapi sekarang ini teramat banyak yang PERCUMA. Maka awasilah anak-anak anda dan berilah ilmu dan amaran yang sewajarnya. Jangan biarkan hidup anda dibelenggu SEKS .......
~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~