Peminat-peminat gusti terutamanya ayam-ayam lama tentu kenal dengan Randy 'Macho Man' Savage, yang seangkatan dengan Ultimate Warrior, Hulk Hogan dan sebagainya lagi.
Lelaki berbadan sasa yang berusia 58 tahun itu mati dalam kemalangan jalanraya di Seminole, Florida berdekatan Tampa pada hari Jumaat. Dia disyaki diserang sakit jantung dan hilang kawalan lalu merempuh keretanya pada sebatang pokok di tepi jalan.
Macho Man cukup dikenali dengan ayat 'trademark' nya iaitu "oooh, yeah!" . Nama sebenarnya ialah Randy Poffo. Ayahnya Angelo Poffo dan adiknya 'Leaping' Lanny Poffo juga adalah ahli gusti profesional.
Savage dalam beberapa tahun terakhir ini meminjamkan suaranya untuk watak dalam filem animasi dan acara TV.
Macho Man lawan Andre The Giant
Dunia gusti kehilangan lagi satu "wira". Segagah2 Macho Man tewas juga bila maut menjemput.
BalasPadamHanya dengan diberhentikan seketika denyutan jantung. Hasil nya>>> ranap kereta Hummer idaman saya tu dan tamat sebuah riwayat. Riwayat seorang ahli gusti tersohor, the Macho Man. Betapa rapuhnya semua yang ada didunia ni.