Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » » Jangan jadi KAYA! Tapi jadilah Orang Berpendapatan Tinggi yang Dermawan

Orang miskin yang dermawan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pernahkah anda terbaca satu pesan dari para nabi termasuk Nabi Muhammad S.a.w agar kita mengumpul harta dunia sebanyaknya dan menjadi kaya? Tak pernah bukan? Itu pun sudah cukup jelas. Kalau Nabi S.a.w takut dan bimbang umatnya menjadi kaya, itu ada.

"Sesungguhnya setiap umat mendapat fitnah dan fitnah umat ini adalah harta." [HR at-Turmudzi]

"Sesungguhnya di antara yang paling aku takutkan atas kalian sepeninggalanku adalah ketika dibukakan atas kalian keindahan dunia dan perhiasannya." [HR Al-Bukhari no.1465 dan Muslim no.1052]

Seorang alim pun boleh TEWAS jika dibentangkan harta-benda dan dunia kepadanya, na'udzu billah. Baca saja kisah Kisah Hatim al-Asham dengan Ulama yang tinggal di Rumah Mewah.

"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." [Surah Al-Anfaal : 28]

Sila baca sejarah, siapakah tokoh-tokoh yang banyak mengumpul harta? Ya sudah tentu-lah Namrud, kaum 'Aad, kaum Tsamud, Qarun, Firaun, Abu Jahal, Abu Lahab dan sewaktu dengannya. 

Para sahabat Nabi S.a.w pun ramai yang kaya raya, tetapi fahamilah, itu hanya permulaan kehidupan mereka sebelum Islam dan pada awal-awal Islam. Tetapi setelah Islam memerintah dan mereka betul-betul terdidik dengan Islam, perhatikan-lah bagaimana cara hidup mereka.

Sila baca tulisan-tulisan berikut untuk anda faham;





Yang pasti, walaupun ada beberapa orang sahabat r.a yang menjadi kaya dari miskin (contoh seperti Abu Hurairah r.a), tetapi mereka tidak menggunakan kekayaan untuk bermegah, bermewah, malah semakin ramai orang miskin dan kurang upaya yang mendapat kesenangan dari mereka.

Nabi Muhammad S.a.w suka bersama golongan miskin. Rasulullah S.a.w walaupun seorang pemerintah negara, tetapi lihat saja rumah baginda yang kalau sekarang, dapat dibandingkan dengan saiz sebuah rumah setinggan sahaja. Padahal di zaman baginda, lihat saja istana-istana kisra di Parsi, kaisar di Rom, maharaja China dan sebagainya yang besar bapak dan sangat gah! Kenapa Rasulullah S.a.w tidak bina RUMAH BESAR??

Begitu juga dengan Nabi Sulaiman a.s, iaitu seorang manusia yang mempunyai kerajaan yang paling besar dalam sejarah hidup manusia. Walaupun begitu, ketika beliau keluar dan menjumpai orang-orang miskin, beliau akan duduk bersama mereka dan berkata, "orang miskin bersama dengan orang miskin."

Bolehkah anda menjadi seperti Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s yang tiada rumah sendiri sebagai tempat berteduh, tetapi hanya tidur di masjid-masjid atau tempat-tempat yang mereka singgah?

Apa ertinya kaya jika ianya digunakan untuk membangga diri, bermewah-mewah. Setakat untuk senyum sorang-sorang tengok angka yang besar dalam buku akaun bank ataupun dalam online banking. 



Maka tak perlu saya cakap banyak lagi, segala hujjah dan fakta telah dibentangkan beserta dengan link-link di atas. Yang penting sekarang ini, bukannya KAYA yang perlu kita kejarkan, tetapi sebaiknya biar lah PENDAPATAN KITA TINGGI. Contohnya dengan memiliki perusahaan, perniagaan, dan apa-apa sajalah. Tak salah untuk memilikinya, tetapi yang penting, DERMAWAN itu mesti diutamakan.

Contohnya dalam sebulan, dari pendapatan yang kita perolehi itu BERAPA PERATUS kah kita sumbang kepada orang-orang yang memerlukan dan sedekah? Kalau income kita sebagai contoh RM5 ribu, tetapi sedekah yang kita keluarkan hanya RM100 ke bawah sebulan, sangatlah tidak padan.

Lihat saja bagaimana Abdur Rahman bin Auf membahagikan hartanya pada tajuk Abdur Rahman bin Auf pembela orang-orang yang berhutang dan miskin.

Percayalah, orang akan lebih RESPEK / HORMAT anda jika anda seorang yang berpangkat tinggi, berjawatan tinggi, mempunyai perusahaan besar dan sebagainya, tetapi cara hidup dan diri anda kelihatan seperti orang biasa-biasa saja. Buat apa nak BERLAGAK? Kita bukan hidup lama di dunia ini, kubur sentiasa melambai-lambai.

Kalau seorang pemimpin negara hanya pakai pakaian yang bertampung-tampung seperti Khalifah Umar ibnu al-Khattab, dan hidup dengan cara seperti orang miskin,  SALAH KE KITA MENCONTOHI BELIAU??

Umat Islam akan KUAT jika harta betul-betul berlegar sama rata di kalangan kita. Bahkan pasti akan ada lebihan yang boleh menjadi dana untuk membantu umat-umat Islam sedunia yang memerlukan, contohnya di Palestine, Syria dan sebagainya.

Dan umat Islam akan terus LEMAH, jika masih ramai lagi di kalangan kita yang berlagak, bermegah-megah dengan harta-benda, bakhil, pentingkan perut sendiri sahaja, menambun harta sampai jadi jutawan dan seumpamanya.

Jika anda telah baca semua link yang saya sertakan di atas, insya Allah anda akan nampak apa yang saya maksudkan. Kalau tidak nampak jugak, tak dapek den nak nolongnya!!

"Orang yang membiayai kehidupan para janda dan orang-orang miskin bagaikan orang yang berjihad fii sabiilillaah." [HR Bukhari dan Muslim]

Wallahu a'lam ....... :-)


p/s: Orang yang tidak rasa HIDUP SUSAH, (terutamanya jika susah ketika dia sudah dewasa dan tua), TIDAK AKAN faham kesusahan orang lain .......

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)