As-Sa'id bin Abu 'Arubah berkata, dari Qatadah bahawasanya Al-Hasan berkata, "Yahya dan Isa pernah bertemu. Isa berkata kepadanya, "Mintalah ampun untuk-ku. Sebab engkau lebih baik dariku. " Namun Yahya berkata kepadanya, "Mintalah ampun untuk-ku. Sebab engkau lebih baik dariku."
Isa a.s berkata kepadanya, "Engkau lebih baik dariku kerana engkau mengucapkan salam untuk-ku, sedangkan Allah telah memberikan keselamatan kepadamu." Demi Allah, kedua-duanya telah mengetahui keutamaan kedua-duanya."
Israil telah berkata, dari Abu Hushain, dari Khaitsumah dia berkata, "Isa ibnu Maryam dan Yahya bin Zakaria adalah dua orang sepupu. Isa senantiasa memakai pakaian yang dibuat dari kain wool (bulu biri-biri), sedangkan Yahya mengenakan pakaian yang dibuat dari bulu halus. Kedua-duanya tidak memiliki dinar, dirham, hamba sahaya lelaki mahupun perempuan, tempat tinggal yang dapat diguna untuk berteduh. Ketika malam tiba, di tempat itulah mereka bermalam.
Ketika mereka hendak berpisah, maka Isa a.s berkata kepada Yahya a.s, "Berilah aku wasiat." Yahya berkata, "Jangan marah." Isa berkata, "Aku tidak boleh kalau tidak marah." Yahya berkata, "Jangan lah engkau terpedaya dengan harta benda." Isa menjawab, "Kalau itu, semoga aku boleh." [1]
[Imam Ibnu Katsir - Qishashul Anbiya']
Rujukan:
1 - Diriwayatkan oleh Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah.
* InsyaAllah akan ditambah jika ditemui tulisan lain dari kitab-kitab lama yang berkaitan. Tetapi jika tidak ditemui, maka kisahnya hanya seperti di atas. Sekian dimaklumkan ....... Wallahu a'lam :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)