Berita Terkini

Kisah Nabi Zakaria yang Tua mendapat anak iaitu Nabi Yahya dari isteri yang Mandul

Lukisan Kampung Arab lama
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan membenarkan Kalimah yang datang dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang shaleh". Nabi Zakaria berkata: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya". Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi"." [Surah Aali-Imran : ayat 38 - 41]

Ketika Nabi Zakaria a.s melihat bahawa Allah S.w.t telah memberikan Maryam rezeki berupa buah-buahan musim dingin pada musim panas, dan buah-buahan musim panas pada musim dingin, maka ketika itulah dia menginginkan untuk mempunyai seorang anak, sekalipun usianya telah lanjut dan tulang-tulang tubuhnya telah rapuh, uban telah mewarni semua rambut di kepalanya, isterinya pun sudah berusia lanjut lagi mandul.

Akan tetapi, sekalipun demikian dia tetap memohon kepada Tuhan-nya dan bermunajat kepada-Nya dengan doa-doa yang dibacanya pelan-pelan, seperti yang disebutkan dalam firman-Nya;

Ertinya; "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;"   [Aali-Imran : 38]

Firman Allah S.w.t, ertinya; "Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab.." [Aali-Imran : 39]

Yakni malaikat berbicara langsung kepadanya dengan pembicaraan yang dapat didengar oleh Zakaria, ketika dia berdiri shalat di mihrab tempat ibadahnya yang khusus buatnya, ketika dia bermunajat dan melakukan shalat menyembah Tuhan-nya.

Kemudian Allah S.w.t menceritakan perihal berita gembira yang disampaikan oleh malaikat kepada Zakaria;

"Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang anakmu) Yahya." [Aali-Imran : 39]

Qatadah dan lain-lain-nya mengatakan bahawa anak tersebut dinamakan Yahya tidak lain kerana Allah menghidupkan-nya melalui iman (Zakaria).

Al-Aufi dan lain-lain-nya meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Al-Hasan, Qatadah, Ikrimah, Mujahid, Abusy-Sya'sa, As-Saddi, Ar-Rabi' ibnu Anas, Ad-Dhahak dan lain-lain (dari kalangan Tabi'in) berhubungan dengan firman-Nya;

"....... yang akan membenarkan Kalimah yang datang dari Allah......." [Aali-Imran : 39]

Bahawa yang dimaksudkan dengan Kalimah Allah itu ialah Isa ibnu Maryam.

Ar-Rabi' ibnu Anas mengatakan bahawa Yahya adalah orang yang mula-mula percaya kepada Isa ibnu Maryam. Qatadah mengatakan, yang dimaksudkan ialah berada pada sunnah dan pedoman-nya.

Ibnu Juraij mengatakan bahawa Ibnu Abbas pernah mengatakan berhubungan dengan firman-Nya;

"....... yang akan membenarkan Kalimah yang datang dari Allah......." [Aali-Imran : 39]

Yahya a.s dan Isa a.s adalah saudara sepupu. Tersebutlah bahawa ibu Yahya pernah berkata kepada Maryam, "Sesungguhnya aku merasakan anak yang ada di dalam perutku ini bersujud kepada anak yang berada di dalam perutmu."  Yang demikian itu merupakan pembenaran yang dilakukan oleh Yahya kepada Isa sejak Isa masih dalam perut ibunya.

Nabi Yahya a.s adalah orang yang mula-mula percaya kepada Nabi Isa a.s. Isa diciptakan melalui kalimah (perintah) Allah. Yahya lebih tua dari Isa a.s. Perkara yang sama juga dikatakan oleh As-Saddi.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah Aali-Imran, ayat 38 - 41]


"Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?" Demikian keadaannya (janganlah dihairankan), Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan-mu dahulu, sedangkan engkau pada masa itu belum ada sama sekali." [Surah Maryam : ayat 8 - 9]

Yakni yang Aku ciptakan yang sebelum-nya tidak wujud apa-apa. Lalu kenapa tidak mungkin kamu memiliki anak meskipun kamu telah berusia lanjut?

Pengajaran-nya agar manusia tidak berputus asa dari rahmat dan kurnia Allah Ta'ala.

Nabi Zakaria a.s ialah seorang tukang kayu yang bekerja dengan tangan-nya sendiri dan menikmati hasilnya, sebagaimana Nabi Daud a.s yang makan dari hasil usaha sendiri.

[Imam Ibnu Katsir - Qishashul Anbiya']

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.