Berita Terkini

Kisah Iblis berdialog dengan Nabi Yahya

Diriwayatkan dari Ibnu Abi Dunya, dari Wahab bin al-Ward dia berkata, diceritakan kepada kami bahawa Iblis datang kepada Yahya bin Zakaria a.s maka dia berkata, "Sesungguhnya aku ingin memberimu nasihat."

Berkata Nabi Yahya; "Kamu bohong! Jangan kamu nasihati aku, tetapi beritahu padaku tentang anak-cucu Adam."

Iblis berkata; "Mereka di sisi kami ada 3 golongan. Adapun satu golongan dari mereka, mereka adalah golongan yang sangat kuat terhadap kami, sehingga kami mengujinya dan berjaya menguasainya, kemudian dia menghilangkannya dengan istighfar dan bertaubat, maka dia merosakkan segala usaha kami, kemudian kami bersedia padanya maka dia juga bersedia, dan kami tidak memperolehi darinya apa-apa dari hajat kami. Maka kami padanya dalam keadaan bermasalah.

Golongan yang kedua, mereka dalam genggaman kami sepertimana bola di tangan anak-anak kalian, boleh dimainkan bila-bila masa yang kami mahu. Mereka ini cukup bagi kami.

Sedangkan golongan yang terakhir, mereka seperti kamu yang ma'sum. Kami tidak berupaya suatu apa pun ke atas mereka."

Berkata Nabi Yahya tentang itu, "Adakah kamu berupaya sesuatu dariku?"

Iblis berkata, "Tidak, melainkan hanya sekali. Iaitu ketika kamu sedang makan, kamu tidak merasa puas, sehingga kamu makannya sebanyak yang kamu mahu, hingga kamu tidur malam itu kamu tidak melakukan shalat malam sepertimana yang kamu biasa lakukan."

Maka Yahya berkata padanya, "Tidak akan aku buat silap lagi dan kenyang dari makananku buat selamanya."

Berkata Iblis; "Tidak akan aku buat silap lagi, dan tidak aku nasihati lagi nabi selepasmu."


Diriwayatkan oleh Ahmad dalam az-Zuhd, dan al-Baihaqi dalam Syu'bul Iman dari Tsabit al-Banani dia berkata, "Diceritakan kepada kami bahawa Iblis menjelma pada Yahya bin Zakariya dan memperlihatkan kepadanya barang-barang tergantung dari setiap sesuatu.

Berkata Yahya, "Hai Iblis, apakah dia barang-barang tergantung yang aku lihat padamu itu?"

Iblis berkata; "Ini adalah syahwat yang aku dapati dari anak-cucu Adam."

Yahya berkata; "Adakah aku juga ada?"

Iblis berkata; "Tidak."

Yahya berkata; "Maka adakah kamu dapat sesuatu dariku?"

Iblis berkata; "Mungkin ketika kamu kekenyangan kami beratkan kamu dari mengerjakan shalat dan zikir."

Yahya berkata, "Adakah selain itu lagi?"

Iblis berkata; "Tidak."

Yahya berkata; "Demi Allah, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan buat selamanya."

Iblis berkata; "Demi Allah, aku tidak akan menasihati seorang Muslim buat selamanya."


Diriwayatkan dari Ibnu Abi Dunya, dari Abdullah bin 'Atiq dia berkata, "Telah bertemu Yahya bin Zakariya dengan Iblis, maka Yahya berkata kepadanya; "Beritahu padaku manusia mana yang paling kamu suka dan manusia mana yang paling kamu benci?"

Iblis berkata; "Manusia yang paling aku sukai ialah orang mu'min yang bakhil, dan yang paling aku benci ialah orang fasiq yang pemurah."

Yahya berkata; "Kenapa begitu?"

Iblis berkata; "Kerana orang bakhil itu telah memuaskan-ku dengan kebakhilannya, sedangkan orang fasiq yang pemurah, aku khuatir akan dinaikkan oleh Allah kedermawanan-nya dan diterimanya, kemudian diberi kurniaan."

Dan Iblis berkata lagi; "Kalau-lah kamu bukan Yahya, aku tidak akan memberitahu-mu."

[Imam as-Suyuthi - Luqtul marjaan fii ahkaamil jaan, hal. 201]


Ali ibnu Abi Thalib r.a bercerita; "Nabi Yahya bin Zakariya a.s telah kenyang dengan roti sya'ir (biji sya'ir adalah hampir sama dengan padi), lalu dia tertidur dari wiridnya, sehingga datang waktu Subuh. Maka dia diwahyukan oleh Allah Ta'ala kepadanya, "Wahai Yahya! Adakah engkau memperolehi rumah yang lebih baik dari rumah-Ku atau engkau memperolehi jiran yang lebih baik dari jiran-Ku? Maka demi kemuliaan dan keagungan-Ku wahai Yahya! Jika engkau menoleh kepada syurga Firdaus sekali sahaja, nescaya cairlah fikiran-mu dan hancurlah dirimu kerana rindu kepadanya. Dan jika engkau menoleh ke neraka jahannam sekali sahaja, nescaya cairlah fikiran-mu dan menangislah engkau dengan air mata darah setelah air mata dan engkau berpakaian kulit setelah berpakaian bulu."

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, jilid 1, Keutamaan bangun malam]


p/s: Adalah munasabah jika Iblis menyukai orang yang bakhil walaupun beriman, kerana sifat bakhil itu sendiri menunjukkan orang itu merasakan harta adalah miliknya dan bukannya amanah dan ujian dari Allah S.w.t.

Sedangkan orang yang pemurah (dermawan), menandakan dia mempunyai "hati" yang baik dan murni, jika amal itu dilakukan dengan ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Maka kembali kepada hadits;

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupamu, tidak pula pada hartamu, tapi Dia melihat pada hati-mu dan amal-mu." [HR Muslim, dari Abu Hurairah r.a]

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.