Berita Terkini

Wahai Orang Muslim Berharta, contohilah Utsman bin Affan

Oleh: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Malaikat merasa malu dihadapannya, kaum Mu'min mencintainya dan para pembangkang membencinya. Utsman sama dengan kebajikan dan kebaikan, sedekah dan Al Qur'an, kesabaraan dan keimanan.

Beliau mendermakan hartanya tanpa hitungan, menghimpun Al Qur'an dan Sunnah dan menemani Sang Kekasih di dalam syurga.

Ketika bahaya musuh mengancam, lalu beliau membayar belanja hartanya untuk jaysul usrah (Pasukan di Masa susah). Dahaga datang lalu beliau membeli Bi'rur Raumah-telaga yang berair tawar dan enak rasanya, milik seorang yahudi yang menjualnya, hingga airnya boleh diambil oleh para sahabat dengan percuma.

Ketika kelaparan menghalang lalu beliau memberi makanan kepada manusia di masjid. Mata tak kunjung terpejam lalu beliau mengkhatamkan Al Qur'an dalam semalam.

Penuh toleransi dan maaf dan tidak suka membalas dendam, sehingga beliau pun dilukai oleh pedang-pedang para pembangkang. Beliau dinikahkan oleh Rasulullah dengan 2 anaknya iaitu Ruqaiyah dan Ummi Kultsum. Membeli dirinya dua kali dan membaiat dua khalifah, sehingga beliau layak dijuluki Dzun Nuraini (Pemilik Dua Cahaya).

Beliau tidak ikut perang Badar, maka kaum muslimin menggantikannya. Kerana tugas, beliau pada hari Aqabah, maka Pemimpin Tertinggi menggantikannya. Jika beliau tiada, perbuatan-perbuatannya hadir, maka segala sesuatu berlangsung dengan baik.

Dengan amal beliau membayar belanja para pasukan perang, maka beliau mendengar Muhammad Salallahu alaihi wassalam berkhutbah diatas mimbar, "Ya Allah, Ridhalah kepada Utsman kerana aku redha kepadanya. Juga kerana beliau telah menanggung kos hidup kaum Muslim, maka beliau dihargai dengan pernyataan Nabi, "Tak akan rugi Utsman apapun yang dilakukannya selepas hari ini. Beliau ditikam musuh dan mushafnya pun turut koyak.

Dua luka di jantung umat Islam yang tak terekatkan

                 Satu di tubuh sang Syahid, satu lagi pada Al Qur'an

Di hari wafatnya, beliau sedang shiyam, selepas qiyam pada malam harinya. Beliau dibunuh ketika membaca Al-Quran, maka beliau masuk syurga dari Babur Rayyan, "Bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga (QS. Ar Rahman 55: 46)

Terimakasih atas kebaikan yang kau berikan

                 Kebaikan yang abadi dan dipersaksikan sejarah

Beliau makan sahur di Madinah, solat Asar di Raudah dan berbuka puasa di syurga. Perbuatannya baik, maka prestasi mantap. Beliau pembantu yang baik, maka beliau diupahi mati syahid.

Dari Islam, Utsman mengambil kelapangan. Dari kebenaran, beliau mengambil kejelasan. Dari tabiat-tabiat beliau, beliau mengambil rasa malu. Dan dari nilai-nilai baik beliau mengambil kemurahan hati. Hartanya kemudahan pelbagai kesulitan dan rasa malunya penyingkir pelbagai kesalahan.

Bila bintang menatapnya, dia sedang bersujud

                 Bila mentari melihatnya, dia sedang berderma

Beliau mengigaukan ayat-ayat Al Qur'an pada saat tertidur, maka Al Qur'an pun menemaninya sampai di Baqi ditempatnya di kubur. Dan kerana Al Qur'an, kuburan itu bergemerlapan.

Selamat untuk Utsman pada hari beliau membeli syurga dunia dengan harga yang paling mahal. Beliau telah pergi dengan berbekal puasa, jihad, bacaan Al Qur'an, sifat malu, kebaikan dan kebajikannya, namun kenangan, pujian doa dan cinta untuknya tetap abadi. Beliau dibunuh tanpa dosa.

Bertambah tinggilah kedudukannya kerana darah dan syahadahnya. Telah tiba masanya bagi Utsman untuk bertemu sang Rahman, tiba waktunya bagi sang pejuang untuk rehat, bagi yang gemar berpuasa untuk berbuka, bagi yang rajin tahajud untuk memejamkan mata.

Kami menangisimu hingga air mata meminta kami berhenti membicarakanmu

              Dan dilubang kubur engkau dan wajah keluhuran adalah sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (56) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.