Berita Terkini

Batu permata



Batu permata akik kristal, bercorak seperti Yin-Yang



Batu permata Tiger eye dengan kalimah Allah yang tersembunyi



Batu permata akik fosil bunga karang hexagon



- Batu permata Pirus Tembaga (Copper Turquoise)

Batu permata Pirus Tembaga - Copper Turquoise







Batu permata Moonstone



batu permata Akik lumut

InsyaAllah ada kelebihan-kelebihannya menyimpan batu-batu permata. Kerana sudah kita ketahui, gunung-ganang bertasbih kepada Allah, dan gunung terdiri dari batu-batu. Maka batu-batu permata itu juga bertasbih dan berzikir kepada Allah S.w.t. Syaitan-syaitan juga tidak menyukai majlis zikir.

Ditambah lagi batu-batu juga ada khasiat masing-masing dari segi saintifik.  Asalkan kita tidak percaya dengan perkara-perkara tahyul dan khurafat pada batu dan mengatakan batu itu sendiri mempunyai kuasa, tanpa mengaitkannya pada Allah Subhanahu wa ta'ala.


Beberapa cara mengenali batu asli dan batu sintetik / tiruan;

- Pertamanya, jika corak pada batu tersebut sudah berupa sebijik seperti haiwan, bunga atau apa saja objek yang dilukis sempurna, maka itu sudah tentulah batu buatan.

- Batu yang terlalu jernih seperti kaca, tidak terlihat serat-serat dan urat-urat batu di dalamnya, adalah batu sintetik. Kerana terlalu amat jarang sekali batu semulajadi yang jernih tanpa ada urat-urat batu atau kotoran langsung. Ada orang fikir bahawa serat-serat itu adalah kerana batu itu pecah, tetapi bukan sedemikian. Serat-serat itu adalah kejadian alamiah pada batu tersebut.

Tambah lagi jika batu tersebut ada seperti gelembung-gelembung udara di dalamnya. Biasanya gelembung-gelembung tersebut akibat dari batu yang dimasak.

- Batu asli biasanya agak berat jika dibandingkan dengan batu tiruan. Jika ada dua biji batu yang sama saiz, dan salah satunya terasa jauh lebih ringan dari yang satu lagi, kemungkinan besar yang ringan itu adalah batu tiruan.

- Batu sintetik / tiruan akan mudah tergores atau tercalar jika terjatuh atau di gesekkan dengan benda keras lainnya.

- Cuba bandingkan beberapa biji batu yang sama jenisnya. Jika ada persamaan secara keseluruhan pada beberapa batu itu, kemungkinan besar adalah tiruan. Kerana mustahil batu asli sama dari segi corak dan bentuknya, kerana ia mengalami proses kejadian alamiah. Melainkan batu tersebut lahir dari makmal ataupun acuan-acuan yang tertentu.

- Batu asli biasanya tidak seragam bentuknya. Mesti terdapat kesan mencanai yang tidak sekata dan belok-belok pada batu jika diteliti dengan betul. Jika bulat atau potongan batu itu terlalu tepat dan sama, kemungkinan besar ianya dibuat menggunakan acuan.

- Batu asli warnanya semakin lama tidak berubah atau semakin elok, sedangkan batu tiruan / sintetik semakin lama warnanya akan semakin pudar, akibat dari lunturnya pewarna pada batu itu.

- Batu asli biasanya agak sejuk jika bersentuh dengan kulit anda dalam suhu bilik.

- Bagi delima merah, yang aslinya jika direndam dalam sebuah gelas yang berisi air kosong, maka air itu seolah-olah berubah kepada warna merah. Dan jika diangkat batu dari air, air kembali jernih kosong. Dan jika diletak balik, seolah-olah air berubah warna kembali.

- Bagi batu seperti batu Jarum Mas dan Phantom quartz pula, yang tiruan biasanya diperbuat dari bahan acrylic, sepertimana yang dibuat pada pemegang kunci (key chain) yang mengandungi pelbagai objek di dalamnya seperti hidupan laut, tumbuhan dan sebagainya.

Maka untuk mengetahui keaslian batu ini, anda boleh mengujinya dengan membakar batu tersebut. Jika ianya dibuat dari acrylic, ia akan mencair, sedangkan batu aslinya tidak.

Ada juga batu Jarum Mas tiruan yang dimasukkan dengan dawai elektrik atau kepingan-kepingan kecil yang berkilat, yang nampak ketara adalah buatan manusia.

- Yang paling penting, jika anda mahu membeli suatu batu permata yang sangat mahal harganya, rujuk lah dulu kepada pakarnya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Wallahu a'lam .......

Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm saya di http://www.facebook.com/Neezhom

SubhanAllah wa MasyaAllah .......


Bagaimana Memakai Cincin Menurut Sunnah?



Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.