Dari pameran Batu permata akik hitam dengan kalimah Allah, kali ini ke pameran Batu permata labradorite pula. Batu-batu Labradorite yang dipamerkan di sini adalah untreated.
Batu Labradorite ini berkilauan warna-warnanya apabila terkena cahaya. Dalam kes gambar ini, cahaya matahari waktu tengahari yang cerah menyerlahkan warna-warnanya. Jika ia berada di tempat gelap, batu ini pun kelihatan agak gelap dan tidak berkilau.
Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom
SubhanAllah , wallahu a'lam .......
Info tentang batu permata Labradorite
Labradorite adalah ahli keluarga feldspar. Labradorite dinamakan sempena Semenanjung Labrador di mana ia telah dijumpai oleh Ahli Geologi dalam tahun 1770-an di St. Paul Island, Labrador, Kanada.
Hari ini, ia juga ditemui di Newfoundland, bahagian-bahagian lain Kanada, Ukraine, pergunungan Ural, Greenland, New South Wales di Australia, Madagascar dan Amerika Syarikat.
Hari ini, ia juga ditemui di Newfoundland, bahagian-bahagian lain Kanada, Ukraine, pergunungan Ural, Greenland, New South Wales di Australia, Madagascar dan Amerika Syarikat.
Batu ini didapati dalam warna-warna seperti hijau pucat, biru, tiada berwarna, kelabu-putih dengan kilauan biru atau emas berwarna-warni. Kristal ini transparen (tembus cahaya) hingga kepada translucent (sedikit tembus cahaya). Kilatannya seperti warna metallic, yang dipanggil 'labradorescence'.
Kandungan kimianya ialah (Ca,Na)(Si,Al)4 O8 - Calcium, Natrium, Aluminum, Silicate. Kekerasannya 6.0 - 6.5 skala mohs.
Kandungan kimianya ialah (Ca,Na)(Si,Al)4 O8 - Calcium, Natrium, Aluminum, Silicate. Kekerasannya 6.0 - 6.5 skala mohs.