Dari pameran Batu akik fosil bunga karang hexagon, sampai kita pada pameran yang seterusnya iaitu batu permata Tiger eye (batu mata harimau), juga dipanggil sebagai Tigers eye atau Tiger's eye, diberi nama kerana corak batunya macam kulit harimau dan juga matanya.
Tiger eye adalah batu permata chatoyant yang biasanya batu metamorfik yang berwarna keemasan kepada merah-coklat, dengan kilau seperti sutera. Berada dalam kumpulan kuarza, ia adalah satu contoh klasik penggantian pseudomorphous oleh silika crocidolite berserabut (asbestos biru). Batu yang bervariasi biru dikenali dengan nama Hawk's eye (mata helang).
Saiz 25 x 18mm
Pandangan belakang
Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom
Bersambung ke pameran Batu permata Pirus Tembaga (Copper Turquoise) ....... :)
SubhanAllah , wallahu a'lam .......