Bersambung lagi dengan koleksi batu permata dalam simpanan ambe (batu-batu permata murah je. Tak mampu den nak beli yang mahal-mahal). Sebelum ini dipaparkan batu akik sarang lebah, yang susunannya sudah tentu bercorak hexagon. Kali ini pun dibawakan batu akik lagi, dan juga bercorak hexagon juga (dalam proses mahu buru lagi batu-batu akik yang ada corak hexagon).
Batu akik fosil bunga karang hexagon - Saiz batu 29x22x4mm
Batu akik (agate) ini bercorak fosil bunga karang, dan bunga-bunga itu membentuk hexagon yang rapat-rapat antara satu sama lain, lebih kurang dengan baru akik sarang lebah juga. Mengikut kajian, fosil bunga karang itu terbentuk dari batu karang purba (bukannya batu karang di laut seperti yang ada hari ini).
Nabi Sulaiman a.s dikurniakan mukjizatnya oleh Allah S.w.t pada cincin baginda. Nabi Muhammad S.a.w pun suka pakai cincin dan memakai cincin ikut cara baginda adalah satu sunnah. Mungkin kerana itulah munculnya kepercayaan-kepercayaan mistik berkenaan batu-batu permata dan cincin.
Apa-apa pun kita mesti sedar juga, Nabi Sulaiman a.s dikurniakan mukjizat oleh Allah kerana kenabiannya. Dan Nabi Muhammad s.a.w tidak ada pun memberitahu cincin boleh menarik rezeki, menakutkan musuh dan seumpamanya.
Maka setara mana diri kita ini untuk mendapatkan karomah dan kemuliaan dari Allah , untuk dianugerahkan kehebatan pada batu-batu cincin kita? Setara mana amal ibadat dan iman kita? Itu perlu difikir-fikirkan kerana kebanyakan mistik yang ada pada batu cincin memang terlibat dan ada peranan makhluk-makhluk halus, semoga dijauhkan darinya.
Cuma tidak dinafikan dari segi saintifiknya, ada juga khasiat-khasiat pada cincin yang boleh digunakan untuk berubat, seperti dapat menyedut bisa, dapat memulihkan tenaga dan seumpamanya. Itu semua ada penerangan dari segi saintifik dan sifat kimia batu tersebut. Tetapi jika melibatkan hal rezeki, menakutkan musuh dan seumpamanya, apa penjelasan saintifik tentangnya? :)
Batu akik dinamakan sempena Sungai Achates di Sicily, Itali, yang kini dikenali sebagai Sungai Drillo. Batu akik dinilai tinggi oleh tamadun purba, dan orang-orang Mesir diketahui telah menggunakannya 3000 tahun SM.
Batu akik dinamakan sempena Sungai Achates di Sicily, Itali, yang kini dikenali sebagai Sungai Drillo. Batu akik dinilai tinggi oleh tamadun purba, dan orang-orang Mesir diketahui telah menggunakannya 3000 tahun SM.
Sama-sama lah kita hargai ciptaan Allah yang unik dan cantik, dengan memuji-mujiNya setelah melihat keunikan dan keindahan itu, sebagai tanda kesyukuran dan ingatan tulus kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana, subhanAllah.
Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Boleh lah hubungi nombor 014-7950275.
Bersambung ke pameran Batu permata Tiger's eye dan Cat's eye ....... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)