Berita Terkini

Batu akik fosil bunga karang hexagon

Bersambung lagi dengan koleksi batu permata dalam simpanan ambe (batu-batu permata murah je. Tak mampu den nak beli yang mahal-mahal). Sebelum ini dipaparkan batu akik sarang lebah, yang susunannya sudah tentu bercorak hexagon. Kali ini pun dibawakan batu akik lagi, dan juga bercorak hexagon juga (dalam proses mahu buru lagi batu-batu akik yang ada corak hexagon).

Batu permata akik fosil bunga karang hexagon
Batu akik fosil bunga karang hexagon - Saiz batu 29x22x4mm

Batu akik (agate) ini bercorak fosil bunga karang, dan bunga-bunga itu membentuk hexagon yang rapat-rapat antara satu sama lain, lebih kurang dengan baru akik sarang lebah juga.  Mengikut kajian, fosil bunga karang itu terbentuk dari batu karang purba (bukannya batu karang di laut seperti yang ada hari ini).

Nabi Sulaiman a.s dikurniakan mukjizatnya oleh Allah S.w.t pada cincin baginda. Nabi Muhammad S.a.w pun suka pakai cincin dan memakai cincin ikut cara baginda adalah satu sunnah.  Mungkin kerana itulah munculnya kepercayaan-kepercayaan mistik berkenaan batu-batu permata dan cincin.


Apa-apa pun kita mesti sedar juga, Nabi Sulaiman a.s dikurniakan mukjizat oleh Allah kerana kenabiannya. Dan Nabi Muhammad s.a.w tidak ada pun memberitahu cincin boleh menarik rezeki, menakutkan musuh dan seumpamanya.

Maka setara mana diri kita ini untuk mendapatkan karomah dan kemuliaan dari Allah , untuk dianugerahkan kehebatan pada batu-batu cincin kita? Setara mana amal ibadat dan iman kita? Itu perlu difikir-fikirkan kerana kebanyakan mistik yang ada pada batu cincin memang terlibat dan ada peranan makhluk-makhluk halus, semoga dijauhkan darinya.

Batu permata akik fosil bunga karang hexagon

Cuma tidak dinafikan dari segi saintifiknya, ada juga khasiat-khasiat pada cincin yang boleh digunakan untuk berubat, seperti dapat menyedut bisa, dapat memulihkan tenaga dan seumpamanya. Itu semua ada penerangan dari segi saintifik dan sifat kimia batu tersebut.  Tetapi jika melibatkan hal rezeki, menakutkan musuh dan seumpamanya, apa penjelasan saintifik tentangnya?  :)

Batu akik dinamakan sempena Sungai Achates di Sicily, Itali, yang kini dikenali sebagai Sungai Drillo.  Batu akik dinilai tinggi oleh tamadun purba, dan orang-orang Mesir diketahui telah menggunakannya 3000 tahun SM.

Sama-sama lah kita hargai ciptaan Allah yang unik dan cantik, dengan memuji-mujiNya setelah melihat keunikan dan keindahan itu, sebagai tanda kesyukuran dan ingatan tulus kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana, subhanAllah.


Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Boleh lah hubungi nombor 014-7950275.

Bersambung ke pameran Batu permata Tiger's eye dan Cat's eye  ....... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.