Batu permata Kecubung atau Amethyst di bawah ini tidak berapa nak jernih. Nampak sangat murah nya kan? :D Lain kali insyaAllah update kecubung yang jernih pula ke posting ini.
Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom
SubhanAllah wa masya Allah .......
Info ringkas tentang batu permata Kecubung
Kecubung atau Amethyst adalah batu kuarza (SiO2) pelbagai warna ungu. Perkataan Amethyst berasal dari perkataan Greek ἀ 'a-' (tidak) dan μέθυστος 'methustos' (mabuk) yang dirangkaikan menjadi 'tidak mabuk'. Wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk.
Kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Ia dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India.
Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Ia dikenali dengan warnanya yang ungu namun warna batu kecubung juga ada yang ungu muda, ungu kemerah-merahan, ungu kebiru-biruan dan bahkan ada yang hampir hitam.